20.2.12

Terbangi ku ke bulan mu.

Hujan yang mencurah,

hati yang resah...

Mengapa kosong seketul jiwa yang parah..
Seharusnya ia tenang,
menggenggam mata ke dalam lopak senyuman..
menghela manisnya perasaan rindu,

menghayun buaian kasih tersayang...


Pada kelam nan membasahi,
sunyi erat memeluk kehangatan..
membisikkan kata rayu-rayuan.
kalam agung setangkai cinta..

palsu penuh noda,
pasrah tanpa rela..

Dek pemuja rahsia...

Terbangi aku ke bulan mu,
agar bisa ku tatap cahaya rela mu..
Biar ku singkap hijab tega mu..

Moga disitu,
punya jawapan atas penantian aku.



.......................In other words, please be true...........................
............................In other words, I love you.....................................

18.2.12

Kenapa Hati Menjadi Keras?

( Ni aku re-type untuk aku simpan, dan untuk mereka yang tak boleh view utube and tak mampu mendengar ceramah ustaz don, kalian boleh baca kan. Dun worry.. ) Kalau malas baca nak dengar ni link nya. CLICK HERE.
.............................................................

Bismillah..

Dalam satu hadits SAW yang mulia, nabi ada sebut kepada kita ' kurangkanlah kita daripada bercakap selain daripada berzikir kepada Allah saw, kerana orang yang bercakap akan menyebabkan hatinya keras' di hujung hadith tu nabi sambung, ''dan orang yang paling jauh dengan allah ialah orang yang hatinya keras''.

Dalam kehidupan kita, kita sebagai seorang ibu, ayah, majikan, bos, rakan sekerja. Kita tak pernah dapat lari dari bercakap. Persoalan yang kita nak muhasabah diri kita hari ini, kita cakap, tapi percakapan itu mengingati Allah atau tidak.

Bukan kita akena berzikir 24jam , kalau boleh buat bagItu bagus alhamdulillah. Tapi kita manusia biasa, kita kena sedar kita manusia biasa dan kita tak boleh buat begitu. Jadi apa yang kita boleh buat begitu, jadi apa yang kita boleh buat ialah kita bercakap seperti biasa tapi bagaiamna pula percakapan biasa kita itu nak dijadikan zikir mengingati Allah swt.

Contoh yang mudah, kita berbual kita bersembang. Ada tak kita sering-serinkali mengaitkan perbualan kita dengan Allah swt? Kita mengatakan '' alhamdulillah kita berjaya, syukur Allah yang memudahkan segala urusan. '' Masyallah itu adalah salah satu kalimah zikir. Kalau kita sebut dalam perbualan kita yang berkaitan dengan makanan contohnya, '' Masyallah sedap makanan ni, Allah bagi kita dapat rasa makanan ni. ''

Tapi persoalanya, hari ini kalau kita bercakap dengan kawan, bercakap dengan rakan sekerja, dengan ibu bapa kita. Kita selit tak perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mengingati Allah swt. Dan andai kata kita cakap benda yang sia-sia, kalau kita bercakap dengan percakapan kita dan kita yakin kita ni banyak cakap dan elak yang sia-sia. Kita sebenarnya berpotensi menjadi manusia yang berhati keras.

Persoalan dan masalahnya, nabi berkata di akhir hadith '' orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang hati keras. '' Cakap kita, kita lontar dan sampaikan, cuba elakkan dari kita gossip dan mengata atau mengumpat. Semua ini akan membuatkan hati kita menjadi keras. Dan orang yang hati keras sebenarnya orang yang paling jauh dengan Allah swt.

Sedangkan kita sentiasa mengharapkan Allah dekat dengan kita, untuk kita doa supaya Allah dengar. Ibu nak doa untuk anak, nak dimakbulkan supaya anak berjaya. Anak nak doa supaya ibu yang sudah pergi tak diseksa olah Allah swt. Suami nak doa untuk kebahagiaan keluarga, majikan nak doa untuk kesejahteraan syarikatnya. Jadi semua orang memerlukan berdoa, jadi kita mengharapkan Allah dekat.

Tapi bagaimana Allah nak dekat dengan kita dalam keadaan hati kita keras, category orang yang Allah nak dekat takda. Cuba kita renung sekejap, tanya pada diri, apa yang kita nak buat untuk menjadikan percakapan kita sebagai satu zikir yang sentiasa mengingati Allah swt.

Mulut kita mengeluarkan kata-kata,d ia pasti akan menjadi saksi di akhirat kelak. Telinga kita mendengar perkataan kita, dia pasti akan menjadi saksi si akhirat kelak. Dan semua itu akan menjadi saksi dalam keadaan mengatakan allah dalam keadaan seperti kita bercakap : orang ini hati dia keras, dia jauh dari engkau wahai Allah.''

Adakah kita?

Dari Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada allah swt, maka sesungguhnya banyak bercakap selain berzikir kepada allah swt itu, adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia dengan allah swt. Ilah mereka yang berhati keras.

Hadis riwayat iman at-tirmizi.

Salah satu doa yang nabi doa, untuk kita agar allah melembutkan hati kita, agar Allah menjadi cahaya di dalam hati kita. Agar allah menjadikan ketenagan dalam hati kita. Sebab itu kita disarankan untuk membaca doa untuk ketenangan hati kita dan surah alam nasrah.

.................................................................................................................

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, dan perkongsian buat semua di luar sana. ^_^

PSSSTTTss : Ustaz ni hensem kan kan kan~ :P

17.2.12

Banner Baru kot!

Dah nak dekat 5 tahun aku pakai header atas tu cer jenguk tengok, lawa ka? Bukan atas ni, nun atas sekali window korang... Sah-sah pakai basic illustrator..vector mouse tu sah-sah gakla tamplete dalam images iilustrator. Haha...comel kan aku dulu, tahap keyakinan tu.... malas nak cerita panjang. Nak tulis apa nak campak apa aku tulis and tempek besar-besar dalam blog.. tak fikir apa-apa, takyah jaga nama... semuanya dunya jer.. sekarang lagi mau control-control. Tuih~

Hmm... tapi kadang-kadang muak juga nak tatap header tu..tapi pulak... dalam hati yang lagi satu rasa sayang nak buang... yelarh, header tu la yang membawa aku hingga sekarang, banner tu lah yang masuk majalah masuk paper pun..kalau tukar, nanti orang cakap :.. ''eh ehh bukan youjie ni lah, youjie yang header dia ada mouse tuuu..''
Ha? kan naya... ? ( gilergelamourmampus )

Apa beza Youjie dulu and Youjie sekarang? Aku tetap youjie...sama jer body, belom reput dimakan ulat-ular barzakh buat masa dan saat ini, wallahualam lah sebentar lagi atau esok bagaimana.. Kita sama-sama bertawakah yer dok? Tapi apa beza blog youjie dulu and sekarang? hAAaaaaa....situ yang kite nak ubah tu..nak la nampak matang sikit..kit..kit...

Chill..chill...

So? Apa pendapat korang banner nih? Banner? Gua ingat gambar lu jah... ! Haha...tu banner aku nak ganti kalau aku rasa aku berkenan lah, aku nak tanya pendapat korang. Nama blog pun AKU YOUJIE, takkan nak letak muka kau ...tui~ ..hee.. lawak jenaka petang jumaat, jangan emo-emo k...

Bukan apa, sejak dua menjak ni aku rasa aku nak aktif berblog balik, aku nak tulis segala-galanya disini. Lantak lah apa orang nak cakap, mulut manusia mana mungkin aku tutup rapat. So...aku rasa nak somethin yang fresh disini, cewah angan! So..paling mudah and murah..aku nak buat banner baru and atas ni sample pertama banner aku kot....

Aku nak somethin yang klasik sebab aku ni memang kuno sikit, layan lagu P.Ramlee pun tak jemu-jemu, 4U2C and Feminin pun aku enjoy, ukays..slam..iklim semua tu petik jari jer nak hafal lirik dia..haha so aku nak klasik, nak lagend sikit..nak emo-emo sebab aku selalu nampak emo walaupun hati periang wahaha... and aku nak somthin samar-samar...hmmmmmm.....

From now on, aku akan post gambar-gambar sendiri untuk dibuat penilaian. Harap readers tak bosan, tapi kalau dah bosan...sila berambus dari sini..hahaha... kuci-kuci-kuci..gurau yer..

ok taktau nak bebel apa, nak sambung buat kerja.
Ko semayang jumaat tak?



Isk..isk..isk...


16.2.12

Sebab itu lah!

Kalau aku kaya, nak juga aku baik pulih gerai mak aku tu, mungkin cat-cat sikit..belikan kerusi meja lebih.. Hiasan-hiasan kedai bagi nampak selesa and menarik. Hire pembantu untuk tolong mak aku berniaga, tak lah mak aku berniaga sorang-sorang. Jaga anak kecik lagi si Hazziq. Aih...berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kadang-kadang rasa nak sewa rumah sebelah rumah mama so that aku boleh jenguk-jenguk orang tua tu.

Mama memang kuat kerja... sepanjang aku kecil-kecil, aku tengok mak aku tu bisnez memanjang. Kalau ke office tak pernah melenggang, mesti ada saja benda dalam bag sandang mama, kalau musim raya..dia jual kerisik dalam yang dipack ke dalam tupperware. Kerisik mama memang da bomb. Kadang-kadang mama jual cili blender, sedap lain macam kata pelangganya. Mama jual barang kemas, jual gelang cincin jual loket..sebab mama ada kawan tokeh emas yang sangat baik hati. And mama memang dikenali...jadi senang dapat customer.

Hari-hari aku nampak mama di dapur, mase tu aku kecil lagi.....kecil sangat. Tapi, time tu mama garang. Aku memang takut mama. Aku tak berani tolong..kalau aku tolong sure diakhiri dengan drama air mata, mama garang...biasalah darah muda. Masa tu mama baru awal 20-an. Tak yah heran..

Dah bertahun-tahun aku tinggalkan mama, sekarang aku tengok mama dah lain sangat. Lemah lembut and lemah tubuh badan. Gigi mama dah tak penuh macam dulu. Mama pun dah tak berhias, tak melawa macam dulu muda-muda..mama dah tak jaga kulit and bentuk badan. Mama nampak penat...jauh di sudut hati berbisik ..''..i should do something.. ''

Sebab tulah!

Sebab tulah aku tengah gila cari duit, kawan-kawan kata aku banyak duit nampak senang hati girang.. memang lah, memang lah nampak senang hati girang, sebab aku tak diajar menunjuk kesedihan susah teruk semua tu depan orang, tak bermaksud hidup aku teruk. Syukur alhamdulillah...semua baik-baik aja...

Sebab tulah!

Sebab tu otak aku dah dididik untuk selalu ligat berfikir tentang celah-celah lorong-lorong yang aku boleh teroka untuk mendapat extra duit. Mengendap peluang berniaga atau kerja extra masa... Kadang-kadang hujung kuping sering mendengar sok sek orang : Alah bukan susah zaman sekarang, kalau kau lawa kau jual diri kau senang hidup, kau pandai menggoda kau dapat bapak ayam hebat kau boleh pakai barang branded! Nak kemana pun kau boleh request~

Well..itu bukan cara aku, itulah masaalahnya...itu bukan cara aku.

Sebab itulah!

Aku selalu pesan pada diri, cari duit-cari duit. Aku akui duit bukan segalanya tapi kalau tak ada duit, makan pasir sanggup kah kau? Duit mampu menyenangkan orang yang kita nak dia hidup senang, duit mampu meringankan beban mereka, yer aku akui duit tak dapat menggantikan kasih-sayang. Fine..

Ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia yang dikurniakan tulang empat kerat macam aku, selagi tak OKU, aku selau berjanji pada diri untuk kerja keras kejar cita-cita. Kejar impian and kejar masa. Ehhh?? hahaa....alah leks arr gurau sikit-sikit... Ok, sebab tu aku bekerja, belajar dan berbisnez... doakan bisnez aku makin baik yer kawan-kawan yang baik hati. :)






Setiap Orang punya impian, anyway.. impian aku
lain, kau lain dia lain mereka pun lain-lain. Walaubagaimana pun, impian selalunya suatu perkara yang baik-baik, yang bagus-bagus and yang indah-indah... macam rama-rama yang beterbangan, dan hembusan bayu mencelahi bukit-bukit....atau maybe bermandikan wang ringgit atau terbang ke langit.


Apa impian kau?

15.2.12

Dual Illuminator of mine

Alang-alang menunggu event jam 8 nanti, aku lepak office dulu. Bukan apa sebab punch card larh.. sambil-sambil merogol Apple-apple yang ada dalam nih... Lu mau apa? MacPro? Imac? Big Mac? MacShinggen? Mau berapa biji?


MacShinggen tu apa?

Actually nak share hobi aku yang berjaya dikesan recently. Aku minat jam. Pfft~ Aku syak aku dah berjangkit penyakit En.Bf.. tapi aku rasa minat aku nih minat yang entah keberapa. Dasar player..

Tapi dari kerana mata, turun ke hati... aku rasa takleh pakai ayat tu dah sekarang, dari kerana mata turun ke poket arr.. then terlekat di tangan.... Bayangkan dalam suasana pesta pokai sebab bulan ni aku takde gaji, aku boleh pulak bok keluaq sejibik baby-G. Sungguh takleh blah dengan diri sendiri, ok esok makan meggie. ~_~' pantun kah aku?

1st dulu nampak dah, bulan lepas..time tu nampak berseri-seri jer jam merah nih. Tapi aku pandang sebelah mata. Apa barang...tapi ade gak minta salesgirl tu keluarkan nak try. Ok dah try simpan balik. Simpan memory dalam kotak kepala jauh-jauh..tutup rapat-rapat. Dats'it. Ego taknak cakap suka. pfft~ typical pompuan.

Nak dijadikan cerita pulak, bak kata orang, kalau jodoh tak kemana...cewah! malam tu aku keluaq nak beli bahan mentah bisnez aku. Bawak dah RM30 nak beli tu saja pon. Sekali terlintas di kedai jam. Salahkan En.Bf. penghasut!!! Aku juz tengok jer... usyar larh bro..barang tak dapat, tengok pun tak apa, aku tau dia bahagia disana. Tapi....tiktoktik...


En.Bf : U minat? Apa lagi you..beli arr!
Aku : Umm..harga berapa? Mahal arr..
En.Bf : Takpa i boleh mintak discount larh...
Aku : Minta discount jer? Taknak sapport? (sengaja menduga)
En.Bf : Haha...ok nak berapa?
Aku : tak payah!
En.Bf : (kira-kira) after discount ^$#^*^. ok lah tu..
Aku : mm.. ok amik lah..



Pffft~ tak sampai 5 minit. Salesgirl pun tersenyum girang. Hampeh yang teramat hempeh...

Terus aku pakai and hari ni masuk hari ke 3 aku sarung di pergelangan tangan tak cukup isi aku nih. Actually aku suka. Malu tapi mahu...tapi last-last menjadi milikku. Hanya tuhan sahaja tahu.... :) Ada jam merah yeay~

Apa yang best fasal jam ni?

Baby-G Dual illuminator nih design seakan-akan Gshock. And size die besar compare to Baby-G yang lain.

Pastu dia boleh masuk dalam air sedalam 200m. Tak pernah ada model Baby-Gyang camgini before. Coolest kan kan~

Pastu, lampu dia dikeliling..bila malam nampak canggih woo~

And yang penting bagi aku, warna merah...merah itu berani, merah itu keyakinan diri, merah jujur... merah itu warna darah..darah itu simbol kehidupan dan kekejaman...juga pengorbanan. Merah warna mawar, mawar itu wanita..dan wanita itu mampu menggoncang dunia. Apekah????

So, apa perasaan aku sekarang?
Perasaan aku sekarang nak pakai baju buruk atau selekeh pun takpa janji aku ada jam best. And bila ada jam yang best aku rasa aku pun best. Tak abis-abis mengaku diri best.

Tapi yang penting sekarang, setiap orang patut ada jam sebab masa itu emas kan, ada jam boleh lah punctual and boleh lah menjaga masa dan mengejar masa.

Soalnya disini, aku ni tak pernah tak lambat.
Tak percaya tanya bos-bos and kawan-kawan.

LOLZ~

13.2.12

Kembalikan roh aku

Dia ragut segenap jasadku,

Setelah hempedu dia gantikan dengan manis madu,
Setelah khayalku tak lagi persis dinginya salju,
Setelah perasaan riang seolah diapung bayu,
dan hati disemainya perasaan rindu-rindu.

kini dia hadir merentap roh aku.
dan rentapan itu padu..


...terkedu.

Dia ragut segenap jasadku,
dan aku dibiarkan merayau-rayau di alam yang bisu,
menjejaki kemana hilang rohku dipaku,
mencari apa dosa aku dipalu..
dan kehilangan itu meninggalkan sedalam-dalam rasa pilu..

Dia ragut segenap jasadku,
meninggalkan jasad kosong berhati palsu,
menitip hari-hari tanpa lagi impian di kalbu,
menongkah saat-saat dengan jiwa membeku,
menanti apakah esok ketemu roh itu..
masih tergenang air mata tak tersapu,
rentapan itu padu...

Dia ragut segenap jasadku,
dan hanya dia mampu mengubati darah tercalit dek sembilu,
hanya dia harus hadir mengiringi penawar walau secangkir,
menyapu luka deras ia mengalir,
mengubat lara nan tak pernah berakhir..
dan itu andai tersurat di jalanan akhir..

aku pingin....

Kau hadir..
Akui takdir..
Akui cinta yang takkan hadir...
Akui rindu telah berakhir..
Akui janji harus dimungkir..

Akui aku bukan yang terakhir...

Dan rentapan itu harus padu..
Sekurangnya aku tahu..
Cinta bukan milik aku..
Cinta bukan milik kamu..

Bukan milik siapa-siapa yang memburu..
Memburu rentapan yang padu.


- KamarBisuKu

9.2.12

Spiral Of Silence

Baru balik dari office, editing berbaki 20% akan settle 100% after shooting esok. Thanks gad, semua aku buat sendiri, and i'll never proud of it. Pfftt.....

Pagi tadi kelewatan menghadiri sesi interview dengan akhbar Berita Harian, lewat 4 minit kerna kaki lembab melangkah. Dan hasilnya harus tunggu another 1jam setengah untuk continue interview. Soalnya, why me.. ~_~' Bos dah muka lain macam...aih, salahkan kaki..kaki ni lembab...wuuu...wuu....sian kaki.


........................... ~_____~' .............................

Hari ni kene marah atas ke'over'an aku mengupdate status, katanya lancang and laser status aku.. :( Apakah apakah...apakah daku yang bersalah.... bersalah menjadi diri sendiri, hidup adakah harus bermuka-muka dan berpura.... Apakah hidup harus berlakon drama... Orang annoy dengan aku di laman sosial, dan sila sedar diri kau bukan celebriti. fullstop.

Daa...sekarang harus belajar mengawal perilakuan..tak semua harus dikongsi walaupun kau reporter ke jururawat ker.. u'r nuthin and dun try hard to be 'somebody'. Ada faham? Orang tak berminat nak tahu fasal kau, so kau takyah la determine sangat nak membebel di maya... Yup. Bebel dihati ok?

Arrogant & overconfident people may seek attention because they have the feeling that they deserve to be in the center of attention. Because they aren’t mature enough they still think with their inner child’s mentality which makes them believe that they are the center of the world.


HAHA! So true..

Manusia dan keikhlasanya.

Tak semua orang ikhlas dengan kita, aih....hadapilah hakikat ini.

Selalu pesan pada diri, tak semua orang di sekeliling baik, tapi hati tak pernah dengar kata, hati ni terlalu degil nak admit bahawa kita bukan berada di alam pari-pari, alam fairy tales.. tidak lagi. Terlalu berbaik sangka dengan orang, akhirnya memakan diri.... pedih.

Aku seorang lurus, lebih sikit dari bendul jer..kadang-kadang kelurusan meletakkan aku di bawah dan dipijak-pijak. Kadang-kadang kelurusan membawa tuah ke badan.. ada pro-cont. Tapi selalunya kelurusan aku memakan diri aku. Bodoh.

Hati ni sekeras kerikil, tanyalah kawan-kawan betapa tak ada perasaannya aku terhadap apa-apa sahaja. Kadang-kadang digelar si hati batu. Aku selesa begitu..kalau hati lembut sangat, senang terguris..terguris itu pedih.. kadang-kadang aku rasa aku sendiri yang suka berlagak macho. Control cool...padahal. tui~

Tapi semakin aku melindungi kelembutan hati ini, semakin ia rapuh rebah ke bumi..semakin aku stress sendiri. Benci!

Salahkan diri sendiri, terlalu menjadi diri sendiri. Jika aku tersenyum, bila aku ketawa, malah bila aku mencerca. Itulah aku, itu bukan buatan kerna aku tak pandai berlakon drama. Aku akan melakukan dengan ikhlas. Ya...ikhlas mengutuk ikhlas memuji. Fair. Dan perilaku ini menjadikan aku sebagai seorang yang tidak boleh menerima sebarang perilaku bertentangan dengan tabi'i aku. Aku akan terluka......sangat terasa hati. Kecewa and tak sangka!

Menjadikan aku trauma...trauma menerima senyuman dari mereka... sakit..sakit bila dicerca. Ahh...manusia. Manusia dan agenda...manusia dan rahsia...manusia dan pangkat darjat dan kuasa... manusia dan nafsunya. Sama sahaja....

Selamat malam manusia di alam mimpi maya..
Doakan esok aku tak ketemui manusia sepertinya..
Manusia dan mulut berbisa..

Assalamualaikum.... :')

8.2.12

Irama Hati Ini

Tenang jer lagu ni...slowmo~

Lately hari-hari pun buka...
Felling-felling bunga cinta....


"

wajahmu ingatkan aku
dengan dia yang telah tiada
tak bermaksud ku samakan kau dengan dia
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku tak tahu mengapa Tuhan
mempertemukan aku denganmu
aku cinta dia tapi takdir memisahkan

kau datang di waktu yang tepat
kau mengisi sakit jiwaku
walau mungkin kau pun terluka
wajahmu ingatkan aku

aku sampai tak bisa bedakan
rasa bahagia dan rasa sedih
sejak aku anggap dia takkan tergantikan

kau datang di waktu yang tepat (yang tepat)
kau mengisi sakit jiwaku (sakit jiwaku)
walau mungkin kau pun terluka
wajahmu ingatkan aku (wajahmu ingatkanku)

kau datang di waktu yang tepat
kau mengisi sakit jiwaku
kau datang di waktu yang tepat
kau mengisi sakit jiwaku
walau mungkin kau pun terluka
salahkah aku yang tak berdaya
wajahmu ingatkanku dengan dia

..............................

4.2.12

Seringkali.

Seringkali, aku hanyut dalam bayangan
Berterbangan perasaan ini... walau
Kau ku gambarkan dalam lamunan

Diri ini selalu ingin bersamamu
Bila aku terkenang kemesraan bersamamu sayang
Masihkah aku di hatimu

Masih jauh rasanya perjalanan ini
Bilakah masanya harus jua aku kecapi
Walau ranjau penuh berduri


Akan ku bawa cintamu bersama selalu
Tak akan kubiarkan ia tersisih dari perasaan ini
Dan ingin ku luahkan dalam lagu ini
Sebagai bukti cintaku,agar kau terus menanti diriku

Walau gambaran yang ku gambarkan
Yang seringkali, ku renungkan
Menjadi lukisan di jiwaku....