1.11.09

Aku hanya ingin menaip sebelum mandi..

Ku pingin udara segar, untuk aku hirup...
Berlari mengejar rama-rama di taman...
Menikmati sandwich tuna sayuran...
Berbasikal bersama teman atau yang tersayang....
Mengutip bintang di langit malam...
atau
Mendengar ombak di pagi yang tenang...


Hanya sekiranya satu di atas berjaya aku dapat....


( Maafkan aku jika bersikap gersang atau menyimpang )

31.10.09

Saiz 8

Seharian mencari kasot baru di Q'sbay Mall semalam...beribu-ribu kedai dah aku kunjungi...berbilion-bilion kasut dah aku cuba...semuanya lantaran kesedaran bahawa diri amat selekeh sem ni dengan selipar hitam cap tesco RM2.90 dan selipar hijau cap tesco RM3.50 tu...
Semuanya kerana selesa...ai tak sangguplah nak demi cantik so jalan pun katik...hahaa Biar selesa, langkah pun luas..laju and yakin bebenor!
Tapi..terkadang yang mengada, hati ini pingin oh...pingin jadi seperti amoi-amoi santek yang berkasut santek..berkilauan dan berwarna-warni maca balon funfair tu..pingin jalan gelek-gelek...pingin jalan kedek-kedek...
Wut da hell ok!!
ok...TOLAK tepi itu kata-kata sampah..ai mahu citer fasal kasut baru ai, tak kire nak jakun gak sebab dah berbulan tak beli kasot okee...tak kire nak pakai ganti diri pertama " ai " gak sebab terase sangat ayu malam ini...
wtf.."ai" stand to "ayu" kew?
Dah masuk kedai macam-macam, Vinccai ker...kedai Hidung ker...kedai " jejak" ker.."mangga" ker..dan sewaktu denganya, memang tak dapat kasut yang ai layak sarung ok... Ai try kasut saiz 7, memang selesa dari segi keluasanya..ngam-ngam dan mencengkam baik punyer... Hati dah tertawan terminat dah, juz tinggal nak setelkan saiz panjang kaki jer..ai pun mintak lah saiz 8..hahaha adoi kaki kakak cinderella rupenye ai ni kan..so da tak ayu okkee... tak kisah la still nak pakai kata ganti diri "ai" gak la...
" uRM...mintak saiz 8 eh~ "
Kataku dengan penuh sipu-sipu...
Dan apabila kotak itu dibuka dan dikeluarkan kasot bersaiz 8 yang ai dah fallinlove tu..ai pun sarung lah kan....lalu ai pakai...ai belek....ai letak....
AI BELAH TEROS!!!
Perkara sebegini berulang dari satu kedai ke satu kedai yang berbebeza sepanjang sore itu...ai tahu kasot itu tidak bersalah pada ai tapi kaki ai yang bersalah pada ai..ops..kufur nikmat kah ini stetmen????
Akhirnya, ai ke Brands Outlets je..secara kasual tak ikhlas and bercampur dendam ai menuju ke rak kasut yang tersusun, kasut yang ai takde niat nak beli sangat pun... AI try itu kasut..mintak saiz dengan konfiden dan try..dan belek...dan letak...
Ok kali ini letak di kaunter dan bayar TEROS!!!
Puas hati ai oke~
Dan ai happy la juga sebab ada pengubat duka, ai means kasut yang kat atas tu, cepat tengok!! Kasut ni tak bias terhadap kaki kaki ayu seperti kaki ai ini..dia sentiasa mencengkam dan tak mengeleber okk....
Atleas ai ada la kasot baru hari ni dari takda lansung kan...ai dah simpan jauh dari hati dan perasaan untuk beli kasut macam yang ai nak...
Ala kasut tali-tali ikat sampai atas buku lali tu..ada zip kat belakang tu...huhuu....yang macam melilit ke kaki tu..yang rambu-rambu yang macam olskol tu kasut ape ntah....
* Mengapa kalau dapat saiz 8 jer, lilitan and keluasan kasut tu dah x match dengan kaki ai..dah jadi mengeleber...dah tak fit ....haih!!! *
http://emo.huhiho.com
( masih taknak ngaku kaki yu tu kurus macam jerangkung ker? )

30.10.09

Yuks!!!

Yuksss~~~~

Perlu mandi dan berkejar ke sana ke mari!!!!!



Huh!

Selamat Malam Cinta..


Berlari lari ku kepada mu..
Saat ku jumpa mu di mimpiku
Lalu ku luah kan rasa rindu
Melukiskan indah senyumanmu
Hembuskan rinduku tinggi di awanan
Indahnya cinta disuluh rembulan
Engkaulah bintang engkaulah pilihan
Anugerah-Nya tiada bandingan

Takkan pernah aku menginginkan mu
Menangis karena ku
Jatuh cinta padamu
Sesaat kau jauh..

Tak terbatas ruang minda ku kerna
Menerima dirimu seadanya
Separuh hatiku tertinggal
Hanya untukmu jua..oooo
Takkan pernah kaki ini melangkah
Pergi jauh tinggalkan segala...


Hitam putih...
Ku satukannya sewarna...

Selamat malam arjuna~


28.10.09

Kamu


Aku pingin terbang..Bernari gaya kepulan asap yang kau hembus..Meluncur dari bibir...Terserap ke awan..Hilang.....Persis,Meliuk..bergemalai..Melentuk selendang hingga terburai...dan...Aku mahu khayal tu dari aku..Ketagihkan aku...Nikmat datang untuk aku..Wang dibakar rela kerna ku...Aku ingin berada di celahan jemari telunjuk dan hantu mu...Dicium penuh nafsu...Disedut ghairah bibir pucat kamu..Hanya kamu....

Sweet dan masam..

Ku titiskan air mata...
Di serata lautan agar kau tak perasan...

Aku berlari ke bulan...
Untuk di rindukan,

Seperti si pungguk....
selalu rindukan sang bulan....

Hingga hari kau menemui ku...

Iaitu pada saat....


Ketika.....

Aku tak lagi mampu untuk inginkan kamu....


21.10.09

Mainan Naluri..

Menguap..
Berair mata...

Tersengguk..

Kaki seperti bernari di taman bunga....
Ada jiwa mengembang mirip span bercorak petak..

Ada suara bernyanyi tanpa irama..
Hati merintih tiada noktah..
Perasaa membeku tanpa salju..

Ahh...mereka memang sering bermain begitu....

18.10.09

Nasihat Buat Diri..

Hidup seolah satu pencarian, detik berganti saat kite mancari matlamat, kita menentu tujuan kita membina kehidupan...seolah sebuah kapal di tengah lautan atau mungkin sang mergas di awanan... Sepanjang pelayaran, akan bertemu pulau dan merempuh karang dari dasar lautan.. Sepanjang beterbangan, akan bertemu ribut dan taufan...

Tanpa matlamat, apalah ertinya kehidupan, nakhoda akan sesat...sang mergas mungkin tewas andai tersalah hala tujuan.. Aku memilih untuk menempuh kesalahan sebelum memiliki sebuah kesempurnaan kehidupan...tempat jatuh pasti dikenang selama parut kekal sebagai tanda peringatan.. Selagi itu, aku merasakan tidak salah menjadi anak murid kepada tuan guru alam...

Tujuan yang disasar biarlah berlandaskan kebenaran dan keadilan, adil pada diri, perasaan, hati, jiwa rohani dan sekalian isi alam.. Mengapa membohongi diri untuk mencapai sebuah harapan? Mengapa memilih menjadi malas..lesu andai di minda terpampang indahnya sebuah impian..mengapa kaki, tangan dan fikiran tidak diarah menjejaki erti sebuah perjuangan untuk merangkul segulung kejayaan?

Mengapa aku masih menunggu masa berjalan..untuk membiarkan diri sendiri tercicir di belakang....

Melihat waktu disia-siakan...untuk membohongi kemalasan....

Mengkhilafi tanggungjawab pada tuhan sekalian alam...untuk mencicip sisa kenikmatan....

Membutakan mata..hati...dan perasaan..berterusan....

( KEBINGUNGAN~ )




17.10.09

Sad~





Dah 3 bulan die di CG....then suatu hari yang sial, kami mendapat surat untuk menghalau Tania dari desasiswa...Tania di arahakan untuk meninggalkan CG secepat mungkin sebelum tindakan dikenakan...
Tuan tania membeli tiket lalu meluncur pergi petang itu , "kelik kelatee" ...panggilan terakhir perpisahan membawa langkah ku ke kamar itu lantas memeluk erat Tania ke tubuh...Hasrat mencantumkan benih Tania dan Rado tidak kesampaian lantaran usia yang belum cukup matang, maklumlah kami tidak mahu wujudkan satu lagi kes rogol di alam maya ini.....

Dengan berat hati renungan mata menjemput Tania pergi, Tania disimpan ke dalam beg sandang sepanjang perjalanan nanti...semoga Tania selamat selalu dan kami bakal ditemukan suatu hari nanti...

http://emo.huhiho.com Hati ini menangis....

13.10.09

Maafkan aku..



Kasih maafkan aku....
Tiada inginku melukaimu.....
Dan kini kau tinggalkan aku.....
Hanya dlm hatiku........
Ku ungkap semua penyesalan aku......
Kini ku ingin disisimu.....
Bila ku masih dihatimu...
Simpan cintaku........
Kembali la untuk ku......
Kuingin selalu disisimu..........
Maafkanlah aku.......
Kasih...

Melayan Dygta hingga terlena....
Dan menunggu pari-pari hadir menemui puterinya..
Sebelum ia terbang hilang dan takkan kembali lagi.....
Dan puteri itu penuh bersedia...
Menghadapi perpisahan tanpa pertemuan walau seketika.....