9.4.13

26 Tahun oh my god~

Dah tua, dah tua with no kids or husband of course...
Not married yet and still mencari cinta sejati milik illahi..

Still standing! Lolz....

Azam umur baru, taknak cakap perkara negative. Tuhan menilai doa dan hasrat hambanya, kalau kun-fayakun, maka terkabul lah segala kata-kata bahkan bisikkan tidak tersengaja... Dan saat ini, yang tinggal dalam diri, hanyalah semangat..semangat...dan semangat menempuh hari-hari muka yang makin bercahaya...

I can do it!

Study, wish me settle my masters study before 2015 please... Agar aku dapat merasa tenang, sebelum menyambung pengajian ke peringkat lain. Memang dunia, tapi kalau nak dihormati, dalam mengangkat martabat seorang muslim... tak salah meningkatkan potensi diri. Baru orang tahu, orang islam pun mampu... anak jati Balik Pulau ada seorang yang berjaya... ehem~

Business, banyak perangkaan dalam jangkauan. Doakanlah aku berjaya. seorang Dr. bakal menjadi mentor aku selepas ini insyallah jika ada rezeki. Maka..ya Tuhan, betulkanlah hasrat hati, meterailah impian diri.. Aku ingin mengubah nasib keluarga, agar tidak lagi dipandang keji dipandang hina...ingin berjasa pada tanah air tercinta... Ok sangat patriotik disitu. Amin..amin..amin...
Tabahkanlah hati ini ya Tuhan dalam menempuh hari-hari.......

Kerja, tak apalah sekadar partime-partime sahaja. Aku bersyukur, walau tidak punya kerja tetap. Walau kadang-kadang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekurannya aku mampu hadapi tanpa meminta dari siapa-siapa..tak susahkan ibu bapa, tak susahkan saudara.... Apa yang termampu, apa yang aku suka...aku buat redah jer...... Seronak ok jadi seorang aku. :)

Teman hidup, biar berkali-kali kecundang..namun aku akan tetap menanti seorang belahan jiwa. Biar Tuhan masih mengaburkan siapa dia, adakah yang disisi atau belum pernah aku temui.. aku berserah segala rahsia rabbul izzati. Bukan muslim lah kalau nak melawan takdir menidak ketentuan illahi....

Dia maha mengetahui, pengasih dan penyayang....

Doaku, mulai saat ini.. i'll do the the best for myself..
Akan selalu tegas dengan diri..tak main emosi.
Taknak bermain dosa hati..
Taknak merendah-rendahkan maruah diri..

Takkan ku benarkan diri ini dihina dikeji...
Atau disakiti.....

Erin@26.2013
Perpustakana Hamzah Sendut 1@USM


1.4.13

23.3.2013

Akhirnya punya kekuatan mengupdate entry disini. Bukan malas, benar bukan malas atau segan..tapi panjang ceritanya untuk dicoretkan.. sambil melupakan segenap masalah reka-rekaan.. baik aku teruskan hasrat impian...

Dia memberi haluan, aku memilih untuk dipinang..


Terima kasih tuhan atas kemudahan jalanan yang Kau bentangkan.. aku hambaMu yang selalu mendambakan kekuatan.

Next entry, aku nak cerita tentang DIY DIY yang terdapat di sepanjang persiapan majlis. Percaya tak persiapan dalam masa 3 hari sahaja. 

Anyway, terlanjur kita bersua walau di medan maya...
Kepada mereka yang pernah menjadi teristimewa di hati, halalkan makan dan minum hamba.
Kepada mereka yang telah ku patahkan hati. Maafkan aku buka niat memungkiri janji.
Kepada yang pernah menyakiti diri ini, aku maafkan dan tidak akan ku simpan sampai mati.

Semoga antara kita musnah hasrat benci, moga tiada iri merantai sanubari...

Assalam! :)


30.3.13

Usah.

Akhirnya hati ini rela dihuni,
biarlah belum sepenuhnya dimiliki.

Ahh....malam pekat tenang yang selalu ku rindui,
terleka aku dengan permainan dunia rakus menggasak kudrat insani...
dan aku lemas dalam lautan mimpi-mimpi....

Malam ini,
menitis lagi...

Maafkan kerapuhan diri,
maafkan keampuhan tidak ku miliki...
maafkan kelembutan serelung hati.

Ingin ku terbang menghambat fantasi,
membidas reality.
bersemadi di dada langit malam yang tiada bertepi...

Membujuk hati,
usah kau menangis lagi........


7.3.13

Syukur..

Maha suci tuhan, syukur dikurniakan hati tenang.. Dapat kembali aku berjalan di atas bumi dengan lenang. Bukan mendabik dada, tapi aku selesa... Alhamdulillah, dibukakan lagi pancaindera. Untuk menilai kaca dan permata..buat pegangan hidup, suluh masa muka....

Sekilas terasa pedih dijiwa, mengenangkan duka-duka dan parut lama. Ingin ku lurut, ku sapu dengan air mata..namun nyata kering sudah seluruh kolam kecewa. Ternyata jiwa ini cekal berperisai redha. Itu ketentuanNya yang maha kaya, maha berkuasa, dan maha mencintai hambanya....

Sekilah kenangan menggamit rasa, sekilas luka bernanah pula.. Dan aku hambaNya, terasa makin kerdil di atas dunia. Menginsafi keterlajuran hati, perbuatan dan tingkah lama..mensyukuri, masih diberikanNya masa.... aku rela.

Jauh di sudut jiwa, melihat mereka-mereka melangkah riang ke gerbang bahagia. Doa bahagia ku titipkan buat menghadapi hari suka. Tercuit rasa indah di kalbu, indahnya dunia...

Bersyukur kepadaNya atas segala kurnia, syukur segala usaha dibalasNya senada.. Syukur keringat, air mata terbayar dalam rangkulan bahagia.. syukur di hati ini ada namaNya yang hanya ku cinta.

Syukur, mata hati ini terbuka melihat cinta yang kekal selamanya....


24.2.13

Ini Rindu

Kelayuan hari menginjak ke kamar malam,
sendiri ku menelusur kelam mencita ilham..
Di bawah purnama ku menitiskan rindu dendam,
pada yang jauh tak tergapai..
jarak yang tak terintai..

Pada rembulan ku mengadu rasa,
memintal seribu bicara tanpa nada..
Mengsyairkan kata cinta tanpa suara..
terkulai di sudut dunia,
..pabila kamu tiada...

Dalam dakap sendu,
hati luluh mengidam wajah mu..
jiwa resah mengharap hadir mu..

Hanya Dia tahu desah isi hati ku.....

19.2.13

Sunnah itu Indah.


Sunnah itu indah, setiap perkara yang Rasulullah lakukan, semuanya membawa manfaat. Siapa atas dunia ni tak sukakan manfaat angkat tangan! Tak ada kan, semua nakkan ganjaran.. Tapi berapa kerat yang mampu nak buat? Azam bangun pagi aku 2 bulan lepas pun gagal pada hari ke-3... pity! Jum evaluate diri... ^_^

1 - Bangun sebelum subuh
Petua awet muda dan body cantik! Namun...adalah mustahil bagi diriku ini untuk bangun sebelum subuh lantaran seringkali aku bersubuh gajah. Kadang-kadang subuh dinasour kot yang area-area kul 7am. Paling hancus kalau sedar-sedar dah jam 9 pagi, acener?
Mana taknya, malam bercengkang mata ber-on9 bagai nak rak..  @_@'

2 - Aktif menjaga kebersihan
'' Bermula kebersihan itu separuh daripada iman '' Adalah selalu mencuba tapi kadang-kadang gagal jua, cadar katil plan nak tukar everyweek pun dah ke laut nampaknya. Cuci baju setiap hujung minggu kadang-kadang failed hingga meninggalkan kesan menggunung di sudut bilik. Kebersihan diri.. ok la, dah besar pandai-pandai dah besar kan..... Tapi kalau ade orang selalu panggil kita ni masyam tu takpe-takpe sebab tu tandanya kita comel .. #lempangpipi

3 - Tidak pernah makan berlebihan
 Tidak pernah? what? Selalu jer...sob...sob.. kalau dah sedap, lupa isipadu perut sendiri. Last-last tegak jer duduk sebab nak kembangkan space dalam perut. Paling parah..terkulai jadi ular lantaran kekenyangan. See....sebab tu tak boleh makan over dos, akibatnya jadi PEMALAS. Ini juga boleh dikatakan penawar bagi mengawal nafsu dalam diri, kalau makan banyak..aliran darah laju, saraf meluas.. maka cepat naik angin, cepat naik miang dan cepat lupa pencipta. Subhanallah..

4 - Gemar berjalan kaki
I is bukan lah suka sangat, tapi dah terbiasa hari-hari jalan kaki. Even kadang-kadang meradang sambil jalan sebab jauh perjalanan. I is merasakan semasa jalan, peluh keluar and hasilnya badan rasa sihat. Kadang-kadang boleh melihat ciptaanNya, mengagumi kebesaranNya... Which is good for you.... try lah!

5 - Tidak pemarah
Amarah membuka kepada hasutan setan... aku seorang yang tak senang marah, habis marah pun akan convert to sedih mode akan kesemua kemarahan tu. Kadang-kadang perangai tu buat orang lain lagi arah sebenarnya tapi lantak kau lah kih..kih. Sebab bagi aku, tak guna marah sebab tu sifat syaitanirajim pun kan..kalau pemarah, orang tak suka... kalau pemarah TAK COOL at all.... take easy larh bro~

6 - Optimist dan tidak putus asa
Kadang-kadang ya, kadang-kadang sebaliknya. Depends pada keadaan. Camner nak kekalkan sifat ni yer..... According to my roommate, aku seorang optimist... tapi rasa tak. Cepat putus asa tu tak juga actually...sebab kalau tak mampu usahakan aku tetap akan doa. So caner? 50% 50% kot noh.. Tapi aku  pessimistic kind, i knew't.

7 - Tidak iri hati
Haaa.....ini sifat aku sejak kecik, tapi bila besar sikit-sikit... kadang-kadang dia mai la sifat mazmummah dengki pHD ni. Tengok status kawan-kawan di fb..terkadang rasa cemburu iri hati, berbisik dalam hati..'' ala..aku pun boleh..'' tu.....kemaih kot dia semua boleh depa ..... Hihi..biasala tu, kita manusia..so lepas ni jum kurangkan yerk...

8 - Pemaaf
Senang memaafkan dan sukar melupakan. Atau senang melupakan tapi sukar memaafkan. I is category no3! Which is senang memaafkan senang melupakan. Semua aku ok jer...takpe-takpe.. eh its ok i understand dun worry. Lupa. Sampai kadang-kadang berkali-kali dipijak pun still ok ok takpa-takpa. Kawan-kawan cakap ni bukan sifat terpuji, ni sifat tak berapa nak cerdik. Kih..kih.. takpe-takpe easy come, easy go .. ehh?.....

Anyway...selamat bekerja jum!




12.2.13

Menebar wangian syurga...


Aku ingin menjadi kuntuman bunga, tinggi di atas tak tergapai dek tangan...
Melebarkan wangian ke serata alam,
menanti dipetik arjuna buat sematan di hati nan rawan...

Ingin menghiasi alam maya, dunia realistika..
Menjadi penguntum senyuman wajah-wajah kesayangan semua..
Menjadi pendamba anak kecil di belantara..

Aku ingin seri ini sentiasa bewarna,
bukan niat hati ingin dipuja-puja...
malah enggan aku di domba-domba sesiapa...
Mekar ku biarlah terlindung dek mata,
biarlah tersentuh dek kesuma...
bertahta di qalbu..
tak akan pernah lesu.

Mewangi haruman syurga loka..
Menutup debu..
dengan kelopak penuh syahdu..
Mencicip bahagia,
pada yang sudi menamani setia..
Merela kepergian,
mendoa kesejahteraan...

Kau aku dan dia...
Dunia hanya sementara.

......


10.2.13

Doa aku dan dia..


Ya Allah… 
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… 
Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… 
Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

7.2.13

Kini..

Hadir ini tidak dipinta,
tiada diduga...
tiada diharap di doa...

Ujud khilaf beralun suka,
ufuk sesalan terbenam di dada..
Sekeping hati ini hanyalah sisa dosa,
secubit isi torehan berbisa..
tetap hamba yang Esa..

Hati ini mendamba bahagia bersulam senyum tawa,
pingin diri diselimuti suka,
dipayungi gembira..

Ingin semua ku khabarkan gembira,
ingin semua tidur berdodoikan irama syurga,
di mana letak harapan itu,
di langit tingi, atau dasar lautan biru...
atau tiada...

Ingin ku ulangi kesilapan lama,
untuk dibuktikan kepada masa hadapan yang penuh menduga..
Ingin ku curi,
hati lama yang setia penuh cinta..
Untuk ku taburi,
pada ikatan yang penuh redha..

Kini tinggal sekeping hati dengan trauma,
penuh benci pada dunia dan isinya..
penuh curiga dengan kebaikkan dan senyuman mesra...

Penuh derita dan air mata..
Penuh kabur..penuh buta.