23.6.15

Ibu Kamciong!!

     Minggu depan, Fea dah masuk 6 bulan, sekarang ni aku menggelabah gila menggoggle-google resepi makanan pertama bayi. Ikutkan hati..risau nak bagi makanan solid lagi event dah 6 month. Tapi rasanya usus Fea dah well develop..asal nampak ja aku makan, Fea memang kamciong... tangan nak menarik suda... mulut dah melopong-lopong... acah-acah suap, ngangaaaa.....ngangaa ok! Ok lah...isnin ni ibu ambil cuti khas untuk memperkenalkan makanan 1st Fea ibu... kebetulan sama tarikh dengan injection Fea....

     Anyway, hari ni sempat buka blog sebabnya bila Ramadhan staff islam dibenarkan masuk jam8 dan balik selewat 5 petang. Yeay!! Tapi kesian En.B yang dah macam driver peribadi merangkap suami. Kami keluar rumah awal giler selepas sahur..hantar aku sampai Macalister than back tu Bayan Baru hantar Fea ke nursery baru masuk office. Bak kata pepatah..bersusah-susah dahulu... kih kih kih!!

     Perasaan di awal dulu masa nak tinggalkan anak, hanya tuhan maha mengetahui. Tapi sekarang... both of us dah used to it yeay! Fea dah tak nangis nampak aku tinggal dia...malah dia happy senyum jer duduk dalam carSeat tepi ayah dia. Kalau pandai lambai,,,dah tentu dia melambai.. Sejuk hati ibu ni tau...

     Terus semangat nak kerja!!! 

     Ok lah, ibu nak google-google resepi puree untuk Fea. Isnin ni kita try mamam yer sayang..... :)

Muka selamba Fea.


19.6.15

Ramadhan 2015 YOUJIE!


Lama tak update BLOG, apakah tujuan aku berBlog? Apa tujuan aku ber'instagram..FB.. Too many thing need to commit. But still...blogger kental macam aku NEVER stop writing event its rubbish.

Matlamat buat entry kali ni ialah ingin memohon ampun dan maaf diatas segala ke-khilafan masa lalu, kini dan kehadapan. Dosa aku terhadap Pencipta, mungkin boleh aku mohon taubat nasuha.. Dosa aku pada manusia...ke akhirat kita bakal berjumpa. Dimana? Syurga atau neraka?

Andai terdaya aku memutar masa dan mereka semula kisah hidup di dunia...akan aku adunkan rencah paling berperisa dan paling bermakna. Akan aku elakkan sengketa malah memberi kasih sayang tanpa duka.. tapi insan biasa persis aku yang sering tak henti-henti mengulang silap dalam perbuatan dan kata-kata.. Pasti tersadung dan bangkit semula.

Dikesempatan ini, aku menghulurkan salam ampun maaf dan ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia. Hargai masa kerana didalam ada intan emas dan permata yang tak ternilai harganya. Setiap saat yang berlalu ...isilah dengan 100 000 000 kebaikkan yang terdaya!

Kepada yang bersengketa dengan aku, maaf maaf maafkanlah hamba..
Everything happen with really great reason!!!

Kita insan...apalah adanya.
Peace!!