Berkira-kira untuk bangun, aku mengingati mimpi sejenak tadi. Aku pulang ke kampung halaman, meninjau-ninjau kamar usang satu-demi-satu. Di hujung kamar utama, terpandang sesusuk yang aku rindu. Dia lena dalam ruang beradu. Arwah nenek yang teramat aku rindu, terlalu rindu. Lantas tubuh itu ku usap sehalusnya, bimbang dia terjaga... tanpa ku sedari, aku terlena dalam pelukkanya... mimpi ini tiada suara hanya riak wajah senyuman menghiasi wajahnya..lantas aku terjaga membawa aku ke alam nyata. Alhamdulillah.....mimpi baik dariNya.
Bangkit dari pembaringan, jam menunjukkan angka 5.45am. Dah lebih 1 jam aku bermain-main fikiran. Dah beribu perkara silih berganti memenuhi kotak ingatan. Lantas 3Gs aku capai, menyentuh apps safari, me-refresh page e-solat. Owh...subuh 6.15 belum lambat lagi, Lantas kaki ku hayun ke tandas selang 7 bilik dari bilik aku. Menyuci diri... aduh, dingin dan nyaman air diwaktu pagi...
Ku sapu ke wajah...ku lurut ke bahu membawa ke leher...membasahi ubun-ubun dan mengalirkan ke kaki... Kemudian berwuduk. Terasa ingin mandi saat ini juga tapi apa kan daya, takut aku mandi sorang-sorang dalam tandas yang sunyi sepi yang kedengaran hanyalah titis-titis air yang lesu membasahi sinki yang kontang di hujung sana... wuuu....tak sanggup rasa.
Balik ke kamar 2##, menyarung telekung, mengetatkan kain agar tak terburai. Menyalakan lampu bilik, menguak jendela..tapi yang kelihatan hanyalah pokok dan ranting yang menjalar. Seperti ingin menembusi ke dalam kamar pula liar si ranting ni..perasaan ngeri menggigit lagi. Ouch...
6:12am, suara-suara halus dari masjid berdekatan kedengaran. Zikrullah memenuhi pelosok alam subuh jumaat in, menandakan waktu kian menghampiri. Sejadah ku bentangkan, berteleku dan merenung lantai, sungguh aku rindukan kesunyian dan ketenangan seperti ini, berkhalwat...
Tidak semena-mena kesunyian kicauan mergas bersuara nyaring... Seragam dan luarbiasa asyik memecah suasana pagi. Seolah menyaksikan sesuatau terjadi atau mungkin sangkarnya di ceroboh sang pencuri?? Aku kehairanan....membelek jam yang menandakan tepat jam 6:15am, hati berdetak, Allah maha besar..... sejenak azan subuh berkumandang... Apakah erti semua ini? Apa jenis keindahan yang aku saksikan saat ini?
Laptop ku seret ke sisi, jemari menaip laju..berhenti. Menaip lagi, berhenti. Berfikir...menaip kemudia menaip, berhenti. - Ok, harus selesaikan yang perlu diselesaikan.
Lega. Dan kemudian kita bertemu disini sekarang. Hi awak! :)
Allah SWT sedang memberikan isyarat kasih sayangnya pada kita melalui laungan azan subuh : "solat (pada masa) itu lebih baik dari pada tidur". Tapi berapa antara kita menyahut kasih sayangNya ?
Aku tak sempurna seperti kau juga.
Salam Jumaat.