Sunnah itu indah, setiap perkara yang Rasulullah lakukan, semuanya membawa manfaat. Siapa atas dunia ni tak sukakan manfaat angkat tangan! Tak ada kan, semua nakkan ganjaran.. Tapi berapa kerat yang mampu nak buat? Azam bangun pagi aku 2 bulan lepas pun gagal pada hari ke-3... pity! Jum evaluate diri... ^_^
1 - Bangun sebelum subuh
Petua awet muda dan body cantik! Namun...adalah mustahil bagi diriku ini untuk bangun sebelum subuh lantaran seringkali aku bersubuh gajah. Kadang-kadang subuh dinasour kot yang area-area kul 7am. Paling hancus kalau sedar-sedar dah jam 9 pagi, acener?
Mana taknya, malam bercengkang mata ber-on9 bagai nak rak.. @_@'
2 - Aktif menjaga kebersihan
'' Bermula kebersihan itu separuh daripada iman '' Adalah selalu mencuba tapi kadang-kadang gagal jua, cadar katil plan nak tukar everyweek pun dah ke laut nampaknya. Cuci baju setiap hujung minggu kadang-kadang failed hingga meninggalkan kesan menggunung di sudut bilik. Kebersihan diri.. ok la, dah besar pandai-pandai dah besar kan.....
Tapi kalau ade orang selalu panggil kita ni masyam tu takpe-takpe sebab tu tandanya kita comel .. #lempangpipi
3 - Tidak pernah makan berlebihan
Tidak pernah? what? Selalu jer...sob...sob.. kalau dah sedap, lupa isipadu perut sendiri. Last-last tegak jer duduk sebab nak kembangkan space dalam perut. Paling parah..terkulai jadi ular lantaran kekenyangan. See....sebab tu tak boleh makan over dos, akibatnya jadi PEMALAS. Ini juga boleh dikatakan penawar bagi mengawal nafsu dalam diri, kalau makan banyak..aliran darah laju, saraf meluas.. maka cepat naik angin, cepat naik miang dan cepat lupa pencipta. Subhanallah..
4 - Gemar berjalan kaki
I is bukan lah suka sangat, tapi dah terbiasa hari-hari jalan kaki. Even kadang-kadang meradang sambil jalan sebab jauh perjalanan. I is merasakan semasa jalan, peluh keluar and hasilnya badan rasa sihat. Kadang-kadang boleh melihat ciptaanNya, mengagumi kebesaranNya... Which is good for you.... try lah!
5 - Tidak pemarah
Amarah membuka kepada hasutan setan... aku seorang yang tak senang marah, habis marah pun akan convert to sedih mode akan kesemua kemarahan tu. Kadang-kadang perangai tu buat orang lain lagi arah sebenarnya tapi lantak kau lah kih..kih. Sebab bagi aku, tak guna marah sebab tu sifat syaitanirajim pun kan..kalau pemarah, orang tak suka... kalau pemarah TAK COOL at all.... take easy larh bro~
6 - Optimist dan tidak putus asa
Kadang-kadang ya, kadang-kadang sebaliknya. Depends pada keadaan. Camner nak kekalkan sifat ni yer..... According to my roommate, aku seorang optimist... tapi rasa tak. Cepat putus asa tu tak juga actually...sebab kalau tak mampu usahakan aku tetap akan doa. So caner? 50% 50% kot noh.. Tapi aku pessimistic kind, i knew't.
7 - Tidak iri hati
Haaa.....ini sifat aku sejak kecik, tapi bila besar sikit-sikit... kadang-kadang dia mai la sifat mazmummah dengki pHD ni. Tengok status kawan-kawan di fb..terkadang rasa cemburu iri hati, berbisik dalam hati..''
ala..aku pun boleh..'' tu.....kemaih kot dia semua boleh depa ..... Hihi..biasala tu, kita manusia..so lepas ni jum kurangkan yerk...
8 - Pemaaf
Senang memaafkan dan sukar melupakan. Atau senang melupakan tapi sukar memaafkan. I is category no3! Which is senang memaafkan senang melupakan. Semua aku ok jer...takpe-takpe.. eh its ok i understand dun worry. Lupa. Sampai kadang-kadang berkali-kali dipijak pun still ok ok takpa-takpa. Kawan-kawan cakap ni bukan sifat terpuji, ni sifat tak berapa nak cerdik. Kih..kih.. takpe-takpe easy come, easy go .. ehh?.....
Anyway...selamat bekerja jum!