31.10.12

Developing self discipline - DAY ONE!


Happy mornin uols... adalah menjadi saat indah bila pagi-pagi buka laptop,dalam muka nak muncung tanda stress konon-konon hari yang 'longday' sedang mananti... tup tup masuk email dengan  tajuk ' ..comel..' Huh, really make my day larh... thanks apai! Usm's photographer... gud job naise pic her herr.... ^_^'
Pagi ni seperti pagi-pagi morning yang lepas..aku nak start belajar berdisiplin. Cukup-cukup sudah aku dengan disiplinkelaut aku selama ini yan membuatkan aku kelangkabut 24jam. Huh...penat tau tak penat sangat! *tarikrambutsendiri Uh.
nipunakunaktayangker pft!

Dan mulai hari ini tanggal 31oktober, aku nak try bangun pagi! yeay...claps claps.... Pasal? Ok ok fine, aku mengaku aku suka lepas subuh terjun ke dalam selimut and hibernate...kadang-kadang sampai matahari jolok juboq.. sebab tu dagu berlapis dah, kuat sembab muka ke bantal gamaknya aku ni... mm iew .  Geli tak ayat J**** J**** tu? Ker memang uols pun suka pakai ayat serupa? ekceli kan....

Tu la term-term yang selalu arwah nenek aku jerit tepi telinga aku masa kekecik cumel dulu ngeee.... ''....ujiieee...bangun!! matahari dah dok j**** j**** tuuu!!!!.(*&%#P..'' haaa..tak sanggup aku nak nulis ayat geli tu banyak -banyak, buat ternoda entry ai jer... and ekceli pun..itu lah yang membezakan bahasa lama dan baru, orang lama suka kias-kias, hyper-hyperbolakan ayat...tujuan nak bagi kita-kita yang ketegaq ni faham bahasa.. Bahasa sekarang simple, sebab tu ramai yang tak reti kebahasa... loghat jer lebey. Paham ke tak ni?

Sarapan adalah WAJIB! untuk mengurangkan kegelojohan di meja makan semasa lunch nanti... dan sesungguhnya sila percaya bahawa aku berjaya melangsaikan 100kali sit up yang penuh cabaran tadi, sebab lama tak senaman badan dah lunyai, dalam pejam-pejam mata sekalipun, aku make sure 100kali tak skip nombor tipu diri .. gigih -gigih! & Currently aku tengah minum greenTea and makan biskut jacobs jer.. #ohKagumDgnDiriSendiri 5 keping jer, nak buat lapik-lapik perut. 

Kalau 15 keping tu konsider bukan lapik perut lagi da, tu berlapis perut yer .. :P


Aci tak nak listdown plan untuk hari ni, kalau aku gagal ker selingkuh ker aku jujur bagitau uols ok by tonight. Her..her.... 

Lepas sarapan, nak mandi, pun nak bagi semua orang tau.. Kemudian around 9.30pagi nak gerak ke kedai comel kesayangan hamba ' Artsy'z Suzie Collections Craft Shop '  ( Like sat ) . Than...di sana nak buat assignment....ok ni part tak berapa best. Ape pun..selepas siap balut-balut order customer, semunya bantal itu harus di pos sebelum 3pm. Kemudian barulah aku bisa ber assignment dan berkedai-kedaian sehingga jam 6 petang. Huh~ Kemudian pulang...dan datang kembali around 8-10pm. Tu part yang boleh di-adjust sama ada nak proceed atau delayed. :)

Ok done done done...tolong doakan aku berjaya task hari ni, nampak simple..nak buatnya ya tuhan hanya Dia mengetahui... jenuh menapak-menapak larh nampaknya aku nie.... Lari sana sini.  Wuu!

OKbye. 

25.10.12

Impian aku youjie..



Setiap insan punyai impian, angan-angan dan harapan di sepanjang kehidupan mereka, kalau orang takda impian tu rasanya mungkin orang tu takda hati dan perasaan kot. Maybe dah putus asa dengan kehidupan. tapi kenapa nak putus asa? Sedangkan life must go on... go go go!!

Kalau takda impian, maknanya dia takda usaha.. dia berserah dan taknak merancang. Not gud..not gud... dan aku? aku mulai mendidik diri untuk memasang impian dan plan-plan jangka pendek dan panjang dalam hidup. Kemudian susun langkah nak realisasikan.... baru hidup ni mencabar dan sesuatu.. ye tak? Kalau tercapai kira dapat point... kalau gagal maka tolak markah...macam game!

Berleter pun tak guna, nak cerita ni...dan sebenarnya salah satu impian aku dah hampir tercapai, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku telah berjaya memiliki sebuah kedai mampu milik..wah dah macam iklan jualan rumah mampu beli pulak... Idok la aku membeli, aku menyewa bulanan kene bayor la der... kate pun student kan kan kan....

tara!!!! Ni lah kedai ku itu......


Idok le bosar mana, tapi cukup la untuk anak ayam baru nak belajar bisnez macam aku nieh... slow-slow kayuh ye tak? Aku apply kedai ni dah dekat berbulan-bulan dah..dah nak putus asa dah tapi akhirnya rezeki tuhan nak kasi, aku diluluskan untuk mendapat sebuah kedai selepas aku present bisnez aku pada lebih 5 orang panel dengan terketar-ketar berseorangan. Dengan janji-janji manis yang aku akan kotakan... selesai presentation.. aku dapat call untuk ambil kunci.. apa lagi? Hidung adalah kembang kerna bukan sikit yang datang untuk perbentangan proposal syarikat petang tu.., syukur-syukur... :')


Dan..aku tidak keseorangan, lantas orang-orang kuat yang terdekat aku ajak ke kedai.. untuk hias-hias dan siapkan rak-rak kelengkapan berniaga, dan banyak lagi.. mase ni baru aku sedar bahawasanya bukan mudha untuk memulakan segala... dan syukur ada seseorang yang selalu sedia disisi memberi dorongan dan menahan kesabaran tahap dewa... yelah, aku sangat degil. Dah, degil sahaja tapi cuweet ok. #muntah


Malam tu seluruh sanak saudara membantu, dikala aku keserabutan takleh fikir otak jammed.. aku hanya mampu mengarah-ngarah amboi. Mana taknya, semalam aku dan En.B kerja half day semata-mata nak siapkan kedai sebelum raya haji... semuanya semata-mata kerana isnin ni ada perasmian untuk keseluruhan kedai-kedai... tak menang kaki tangan, mana nak rayanya lagi..kerjanya lagi...

Nak fikir warna langsir, konsep kedai.. perancangan partition and panggil kontraktor datang siap tebuk itu ini... beli almari..beli jam beli frame gambar beli karpet beli lap kaki beli pekakas so ..so... hanya tuhan tahu, yang aku baru tahu semua perkara harus dilakukan sedetail ini... duh...memang aku bengong seketika.



Jadi, bagi diri aku...impian dah tercapai 0.01. Saat ini aku terkenang semua titik tolak bermulanya bisnez aku sedari tahun 2010 dahulu... dengan bermodalkan RM30.00 sahaja.. berkat hobi gatal tangan surf internet di waktu senggang...dan berkat memiliki anugerah tuhan yang tak ternilai ini... iaitu jemari ku dan daya kemampuan aku untuk menjahit... *rasa macam tengah bagi ucapan time menang anugerah aku takkan persiakan kelebihan yang diberi. Dan uols pun jangan sesekali mempersiakan anugerah tuhan k...setiap kelebihan tu ada benda yang kite kena rajin-rajin kaji rajin-rajin selak... 

kite akan pasti jumpe.. :)


Ape pun..terkadang aku termenung sendiri.. mana aku nak bahagi masa untuk reporting usmtv, mana nak cari masa untuk postgrad study aku yang dah di hujung ni... Tak sabar nak naik pentas kali kedua untuk segulung sarjana... tak sabar ok sumpah tak sabar.... tsk~ Terkadang rasa diri ni tamak, tapi bagi aku...selagi mampu selagi terdaya... harus perah tenaga dan keupayaan tu seboleh mungkin... baru hidup akan lebih bermakna... Hidup lebih diberkatiNya.... 

Ini aku anggap sebagai janji, janji untuk menepati dan janji untuk menjadi yang terbaik.. bukan pada diri, juga pada semua... kamu pun kena janji pada aku ok? Aci tak ni?

****************

Hmmm...kedai apa yang aku buka nih? Jen..jen..jeng.... 



22.10.12

Belahan Jiwa?


Selamat bekerja kepada semua, selamat bekerja pada diri sendiri juga... :)
Ehem..ehem..
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan...esok adalah impian...
Sejauh mana kita bijak mengharungi titian?
Setangkas mana kita bisa terungi halangan?
Dimanakah benteng keimanan?
Dimanakah taraf kesedaran?

Aku...manusia biasa bijak berkata-kata..
Manusia biasa sering membuat cela..
Dan aku manusia biasa, 
yang sering mencuba memperbaiki bila terleka...

Sejauh mana aku akan selalu mengingati kata-kata nasihat..
Selalukah aku peka pada yang setia bila rasa suka datang menghambat...
Sedarkah aku akan air mata yang menitis dan hati yang tersiat..

Aduhla seorang aku...
Nyata persis burung terlepas sangkar emas..
Jelas langit biru ini aku tawan hingga hampir aku lemas...
Memang hati ini tiada sekelumit rasa puas...
Syukurilah, adakah aku pantas?

Terima kasih..
Terima kasih pada yang memberi perhatian..
Terima kasih yang lemah lembut menegur tiap kekhilafan...
Terima kasih kerna tidak serik menjadikan aku sandaran...

Sandaran hati, sandaran jiwa..juga sandaran bahagia...
Terima kasih tuhan, Kau temukan aku dengannya....
Si belahan jiwa. 

(✿◠‿◠)

21.10.12

Aku terima nikahnya ...


Pada dasarnya nak tengok cerita omputeh, tapi dalam kepala ada beberapa lineUp list yang dijadikan backup... bila check-check cerita omputeh panggung alahai kecil-kecil.. tukar cerita PEkida tu ehh..silap Pe-3, panggung kecil juga...last choice aku decide cerita nih..sebab nak tengok Adi Putra punya fasal.. En.B opkoz ialah nak melihat Norah Danish pfft... cliche cliche laki semua sama!

Masuk pangung, penuh juga..agak kagum disitu. Ok jum mereview ala-ala bagos. :)


 Sungguh suweet gambar nikah diatas, tapi aku tak suka tangan laki sampai pegang cengkam kepala si isteri dah macam ape taktau nak describe. Kan molek pegang hujung dagu ja..suweet jer nampak tak gejoloh.. atau pun tak payah la kiss-kiss depan khalayak... bosan. Cliche cliche... Salam sarung cincin dah la.. Aku kawen nanti makesure takde  bende-bende camni peliz...  oh sungguh sesuatu nada disitu, adakah aku jeles? haha..

op! oklah teruskan ke acara re-view ..#Libastudung

Dewasa ini, filem-filem adaptasi sudah mendapat tempat di hati penonton, menyebabkan karyawan terus mengambil peluang keemasan ini dengan membuat labih banyak filem adaptasi, tapi sejauhmana filem ini mampu menandingin novel dari aspek kepuasan dalam kalangan pengamalnya? i mean..pembaca atau penonton.. ianya bergantung pada cara pengarah tu susun flow and penggarapan yang mantap pada setiap babak. Nak compress the whole ratusan helai petulisan dalam novel kepada sejam/ 2 jam filem di pawagam bukan kerja mudah dik.. kne study bebetul tu... and filem ni , bagi aku sebagai bukan seorang pembaca novel cinta tegar, aku rasa ok la...tak nampak lompong atau potong tampal plot-plotnya...smooth and silky...

Maybe sebab aura pelakonya kot, Norah Danish yang mantop howt meletops dan Adi Putra owh...kaulah idaman ku selalu! Miow~

Filem-filem air mata memang makanan si norah danish , lakonan sedih dia sangat menjadi sampaikan aku pun 3 round menitiskan air mata sehingga dibahan dek En.B pfft....orang-orang laki mana nak faham hal-hal emosi ni, tipu kalau tak sedih tengok citer ni ok... air mata Alissa ni macam hidup gile...aish stress...dah la howt! Babak-babak romantis Alissa & Johan ( A.Putra ) pun sangat menjadi...nampak nau filem M'sia dah makin daring lagi berani.. untunglaaa si A.Putra ni kne lilit si janda muda cantik jelita..

Dari segi Plot cerita, smooth well done.. takde terpinga-pinga aku dibuatnya .. Filem ini menuntut semua orang beremosi atas penyampaian yang dipertanggungjawabkan ke atas Nora Danish. Dan disebabkan dia sangat pandai menghayati watak dalam setiap babak...maka penyampaian emosi tu competent sekali... gudJob. A.Putra watak awak senang jer, so malas nak komen...lagipun aku macam tiba-tiba tak berapa pandang si Johan tu disebabkan Alissa macam lagi cantik and lagi menarik perhatian aku.. En.B apatah lagi, diam je duduk kat sebelah sikit punya focus...its a BIG foine!!!!

Biasalah filem MELAYU, kalau tak rumah besar keta besar kaya raya sempurna segala...memang bukan cerita melayu, ada tak cerita cinta duduk rumah flat? Naik kereta kodok...atau kapcai jer tapi sweet...? Jarang-jarang-jarang.. heehe tambahan ni dari novel...so penceritaan dia pun indah-indah belaka, dimana Johan macam takde kerja Alissa macam ikut suka nak kerja ka tak... Rumah nak atas bukit sunyi sepi dari manusia lain and kawasan rumah penuh bunga-bungaan...macam indah kan? Kalau tinggal aku soarang-sorang situ..nangis gak lah... tak rela ai duduk atas bukit dalam hutan sensorang.. isk~

Antara persoalan yang berkisar dalam filem ini ialah :

Persoalan tentang kesetiaan dan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.
Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa.
Persoalan tentang perjuangan pasangan suami isteri dalam menyelamatkan rumah tangga.
Persoalan kejujuran seorang teman repat.
Persoalan tentang erti sebuah perkahwinan...etc

Moral value pulak, sungguh sampah dan ralat kalau sesuatu filem dibuat tanpa nilai-nilai moral yang ingin disampaikan. Bagi aku antara nilai yang aku dapat detect dalam filem ini antaranya..... :

- Kesetiaan isteri terhadap suami.. Johan punya annoy dengan Lisa after hilang ingatan, tapi Lisa sangat tabah dan sabar menempuh setiap sakit hati yang diterimanya. Sejuk hati dapat bini camni...aih....
..'' tapi abang syurga bagi Alissa..'' boleh imagina tak N.Danish yang comel suara manja ungkap camtu ke A.Putra... Johan leks jer takda perasaan...pfft!

- Tanggungjawab seorang suami, pewarnaan watak Johan menggambarkan dia seorang yang punyalah loving tapi akhirnya jadi seorang lelaki yang tak bertanggungjawab selepas hilang ingatan. atas kesedaran tanggungjawab itu juga, Johan akhirnya berusaha mengingati dan kembali ke pangkuan isteri tercinta...

- Kesabaran yang akhirnya membuahkan hasil, Lisa memilik semula suaminya yang tercinta atas kesabaran dia menanti Johan untuk pulih kembali.

- Lafaz nikah yang mengandungi 1000 makna yang tersirat dan berat, sebenarnya merupakan 1 amanah buat pasangan yang berumahtangga untuk menggalasnya.

Phew....diharapkan semua ni dapat membantu uols yang teringin nak tengok tapi takut kecewa, bagi aku ok la so so jer...so so pun aku nangis gak la 2 3 round haha... aku kememe maybe korang hati batu tak nangis nanti jangan salahkan aku ok....

Anyway....! N.Danish sangat cantik, kenapa la J lepaskan dia untuk bersama F.S? Rugi woo....kalaulah aku J tu..nyum nyum! haha.....tapi orang kata, kecantikkan tak menjamin apa-apa, macam ai..ai cantik tapi ai keras kepala batu dan degil serta tak boleh dikawal... so wuts da point? Pointnya ialah ai nak cakap ai cantik...

**hantuk kepala sendiri laju-laju



Selamat malam ^_^ !!

p/s : Like fanpage aku ni weh~
 https://www.facebook.com/SuzieCollection

I've got you with me..

'' Its your smile...
Your face, your lips that i miss...
Those sweet little eyes that stare at me...
And make me say ,
i'm with you through all the way..... ''

p/s : Ingin ku dedikasikan lagu ini buat si pemilik wajah kesayangan, pemilik bibir rupawan dan senyuman paling menawan,... dengan ucapan : Selamat malam kamu, terima kasih kerana menjadi belahan hati ini yang paling memahami..jangan berhenti menyayangi saya yang degil dan keras kepala ini..... ^_^'

19.10.12

Untuk dia..untuk dia..


Pernahkah hatimu merasakan kekuatan mencintai
Kamu tersenyum meski hatimu terluka karena yakin ia milikmu,
Kamu menangis kala bahagia bersama karena yakin ia cintamu
Cinta melukis bahagia, sedih, sakit hati, cemburu, berduka
Dan hatimu tetap diwarnai mencintai, itulah dalamnya cinta...
Pernahkah cinta memerahkan hati membutakan mata
Kepekatannya menutup mata hatimu memabukkanmu sesaat di nirwana
Dan kau tak bisa beralih dipeluk merdunya nyanyian bahagia semu
Padahal sesungguhnya hanya kehampaan yang mengisi sisi gelap hatimu
Itulah cinta karena manusia yang dibutakan nafsunya...
Cinta adalah pesan agung Allah pada umat manusia
DitulisNya ketika mencipta makhluk-makhlukNYA di atas Arsy
Cinta dengan ketulusan hati mengalahkan amarah
Menuju kepatuhan pengabdian kepada Allah dan Rasulnya
Dan saat pena cinta Allah mewarnai melukis hatimu,
satu jam bersama serasa satu menit saja....
Ketika engkau memiliki cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi lentera hati menerangi jalan menuju Illahi
Membawa ketundukan tulus pengabdian kepada Allah dan RasulNya
Namun saat cinta di hatimu dikendalikan dorongan nafsu manusia
Alirannya memekatkan darahmu membutakan mata hati dari kebenaran...
Saat kamu merasakan agungnya cinta yang diajarkan Allah
Kekasih menjadi pembuktian pengabdian cinta tulusmu
Memelukmu dalam ibadah menuju samudra kekal kehidupan tanpa batas
Menjadi media amaliyah dan ketundukan tulus pengabdian kepada Allah
Itulah cinta yang melukis hati mewarnai kebahagiaan hakiki...
Agungnya kepatuhan cinta Allah bisa ditemukan dikehidupan alam semesta
Seperti thawafnya gugusan bintang, bulan, bumi dan matahari pada sumbunya
Tak sedetikpun bergeser dari porosnya, keharmonisan berujung pada keabadian
Keharmonisan pada keabadian melalui kekasih yang mencintai
Karena Allah adalah kekasih Zat yang abadi....
Cintailah kekasihmu setulusnya maka Allah akan mencintaimu...
Karena Allah mengajarkan cinta tulus dan agung...
Cinta yang mengalahkan Amarah menebarkan keharmonisan...
Seperti ikhlas dan tulusnya cinta Rasul mengabdi pada Illahi....
Itulah cinta tertinggi menuju kebahagiaan hakiki....
'' Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.. ''

p/s : Kasih ku simpan senyum mu... :')

18.10.12

i'm Vlogger Wannabe

video

Hah..hahhaa...finally berjaya mengupload... Ponat seharian mengconvert itu ini segala... Huh!~

Actually dah bertahun kerja buat stand upper tapi macam tak pernah maju-maju pun, duduk takok tu jer... sembunyi-sembunyi jer semua video, kalau orang tanya '' ehh..ko keje ape eah? '' aku jawab..takde ape-ape aku edit-edit tulis skrip takde pun buat ape-ape, nampak nau cover... Bila bos suruh spread video-video.. aku diam jer, buat dono.. dalam FB pun takde maknen nak tulis kerja di 'tettt" ni.. ahaks.. Bukan ape, segan malu dan takde muka nak tayang-tayang kat orang.. i bukan gile glamour uols...

Tuih~
muntah...kalau tak gila gelemer takde muka kau disana-sini terjelir-jelir sungguh tidak senonoh...

Dulu nak vlog, tapi malu lah.. fikir 360 darjah baik buruk, kesan impact factor blabla... nak upload gambar takpa statik, kalau video nie... kira kalau orang nak bomoh tu lagi laju sampai kot..opp..simpang malaikat 44. :P

Pastu rasa macam tak sanggup terima hakikat ditertawakan, rasa tak sanggup nampak kehodohan diri dan tak sanggup nampak tak cantik yuck muntah muntah muntahhh.... So sekarang kira dah growUp....kira dah redha dengan kekurangan kelebihan ahaha... biarlah..biarlah biarlah....

Lepas ni aku nak buat banyak-banyak video, owh fellin sungguhlah FREE masa itu sedangkan harus submit thesis by end of next year punya bulan JUNE uwaaa.....

OkBye nak balik. :)

p/s : Ni versi youtube punya, sila click!!

#USM trending.

 USM Trending? wtf wtf... ops..sopan. Sepanjang petang ade jer dok tanye isu notice board dalam usm, ' eh..noks betul ker ade notice board tu?'' ...'' weh usm ada tulis camni ka?''..'' weh on tweeter aku nak tunjuk ko nih! '' haa....macam-macam kerenah.. buat aku curious sesangat tentang apa yang terjadi du usm ni? Aku duduk dalam ni ok jah takde desah-desus pong? WTH Wutdehel yeah..... sekali aku selak tweeter kaji-kaji sikit, wah macam free jer masa kau nak kaji-kaji...

Ohhh...rupa-rupanya, memang ligat berkicau USM Trending nih, hashtag usm ( #usm ) memang kecoh malam ni dikala ini masih belum terhenti.. isu notice board masturbation kejadah tu.. aih, malu ai nak sebut-sebut oke.. #Poyo

Ade yang percaya bulat-bulat, hah tu yang bodoh buta IT la namanya..ada yang deny ade defensive yang tu i loike sebab kita serupa...hehe and ada yang mencari bukti tak kurang yang memberi bukti... terharu aku baca bagi yang memepertahankan maruah usm, dan tersedih pula bila student usm sendiri anggap ini sebagai bayangan gurauan...sungguh hampeh di hatiku. Dah macam tajuk lagu. ~__~'

Jadi, setelah cukup lengkap data dan fakta serta bukti-bukti, aku buka photoshop edit kejadah bawah ni.. aku upload FB konon nak sama-sama sebarkan kebenaran justeru membersihkan nama USM terchenta ini... pheww~

Ini hanya joke ok, joke and dun take serious boleh? Tapi joke ni joke kuangajar namanya Tui~!!!
 Logik sikit boleh? Kalau semua orang fikirkan kelogikkannya, aku tak rasa fitnah bangang ni tersebar kan-kan... ? tapi...logikkahhhhh....??!

Nite, hirup susu and bum!!

17.10.12

Youjie's Post-Production


Hola-hola... kadang-kadang manusia ada satu sifat suka melawan.. kalau benda tak payah buat tu memang suka nak buat tapi kalau benda wajib atau harus buat..memag liat. Itulah yang aku hadapi dikala ini di dalam office.... kerja menanti, namun aku isi dengan benda takde pekdah nih...

Buat apakah? Aku sedang dengan mimik serius ala-ala buat kerja... tapi sebenarnya tengah buat video main-main nih... video semasa buat sand upper news di Pulau jerejak untuk persidangan kearifan tempatan... blabla bluek... dengar pun tak lalu.. tui~

Hmm.. ~___~" Anyway, sebenarnya ekceli.. aku suka buat aditing-editing ni more than tugas aku sebenar iaitu reporting.. aih, silap amik course lah sebenarnya.. Sepatutnya aku dalam bidang broadcasting tapi bukan jurnalist'ing kih kih.. tapi takpa-takpa, kalau ada extra kelebihan tu bonus namanya... bonus sama sekali!!!

Okeh la...esok aku akan upload video yang dah 80% siap ini.... hihi, maka bersedialah untuk melihat keterpampangan gigi kapak ku di sana... well, harus belajar menerima diri seadanya.. wanita itu semua indah-indah hahaha!!! 

OkbYe. :)

16.10.12

i'm hiding..


These places all I ever think about is lost in time 
These faces haunting me 
I'm looking back and they are mine 

I'm hiding from the things they say 
Doing time and lead astray 
Thinking back to times of yesterday 
I could fly 

I'm trying to find a better way 
But I'm trapped 
Can't get away 
All I think is about yesterday 
I could fly


.....okBye.....

Felix Baumgartner : RD BULL STRATOS LIVE JUMP


Holaa...haha aku lambat buat entry penerjunan ni , sebabnya.. malam tu aku amat mengantuk dan boleh dikatakan salah satu kerja gila yang aku buat dikala tengah busy dengan banyak hal... sempat plak nak jadi saksi kepada rekod dunia ni... nak pi toilet wee wee pun takut, sebab konon kalau pi tandas nanti balik-balik terjunan dah selesai tak sempat nak join sekaki so jadi penantian yang membazir, konon ingat-ingat nak jadi antara orang terawal menyaksikan moment beharga tu...konon! ahh..semuanya konon belaka...semuanya propaanda. Eh..?

Di kesempatan tu, aku print screen jer keje...nak bagi sapa-sapa tengok la bagi yang tak sempat tonton di live streaming macam aku, baikkan hati ni? :P Jemput tengok..aku malas nak tulis caption-caption bagai dah eah..

Time dia dok naik....arahan macam-macam sampai pitam aku dengar... ada yang sepaah haran tak faham..bengong terasa kala ini...tsk~

 Ni la rupa kapal naik ke atas tu.... macam belon panas... 
 Kapal tu..
 Ni mak die...nama Eva. Rileks jer tengok anak dia dok tempah maut....leh senyum-senyum, yelah kalau berjaya turun..anak die dapat tempah kejayaan, tempah rekod dunia...kira berbaloi la... kih kih...
 Muka ala-ala nak tennag jer, mental kena kuat dikala ini..
 Kalau orang takut ketinggian...ini bukan untuk kalian terima kasih. Serammm mehhh.....

 Sebelum nak terjun. checkup lagi....asyik check jer kerja...sedikit kesalahan bisa membunuh nyawa ok....
 Buka pintu moment, satu dunia berdebar-debar termasuk aku....
 Part ni aku dah terlena sekejap, nampak-nampak dia nak buka pintu..mata pun segar-bugar...... 
 Ya tuhan....boleh imagine tak? Aih...hati memang kering....memang deorang ni tak berapa waras larh...huhu 
 Nampak tak dah terjun tu...iewww! Imagine sekarang camna perasaan dicampak jatih dari ketinggian 39,004Km dan kelajuan 1.342KM/Jam. Laju sangat tu oke....
 Time ni semua nevez... semua berdebar-debar...Apa-apa pun boleh terjadi ini time oke...

 Orang tua ni pun menggelabah asyik suruh mamat tu 'keep talking' .. Camna nak cakap kalau dok terjatuh laju-laju aish.... tapi kalau dia diam ja bahaya kan...mana tau kot mati dah...sebab tu dia suh cakap jer...
'' keep talking'''keep talkin felix..'' pfft~

 Mak dia memang rilek tengaok anak dia tengah terjun....tu adik si felix kot, suweet sangat-sangat kan... :)
 Ok dah sampai ruang udara bumi..
 Dah pijak tanah pun...fuh!!!
 Press pun kelangkabut serbu...tak kasi can rehat walau seminit... huahua gilakejam.

Time ni aku imagina aku tengah interview dia... lolz!

'' nak tanya, apakah perasaan setelah blabla9^^$ER()IU9)(*(%^%$...? ''

Ok, setel terjunan aku pun update sikit-sikit fb...than tidur sebab esok paginya harus bertugas di pulau jerjak seawal 8 pagi...makna kata waktu tidur tinggal 3 jam camtu...

Hmm...sangat informativekan? Huahuaa...
 Okbye. 

^_^

13.10.12

Dara.com

After beberapa hari menangis kememe, benci dengan diri tak tentu fasal... hari ni ai happy and semalam pun ai happy... 1, sebab dah weekends... 1 lagi sebab kawan baik dah selamat dinikahkan today...tahniah azreen yakuza!!! and 1 lagi paling utama ialah barang bisnez masuk majalah Dara.com hik hik!!!

Walaupun takde ape highlight sangat, tapi suke...sukehati la nak suke ke tak kan kan....
Hmmm....today happy sebab dapat mkn kek choc. yang sedap and happy dapat gaji...opp!! No no no...kene jimat cermat... nak bayar bil macam-macam and nak saving gila-gila untuk masa depan yang cerah gemilang dan terbilang amin.... :)

Hmmm....me baru balik rahesal, esok so call me bridesmade ok... Baju belum beli, nasib kenduri petang maka sepanjang hari selama sebelum bermula acara adalah acara aku untuk pusing penang cari baju uwa...me dun like last minute de!! :( Nak pakai cantik-cantik so esok boleh cuci mata cari pacar... *matilahcakapcamginidiblog

Ok, type adalah sangat laju sebab malam ni tak sunyi..sebab happy.

Nanait!!! Nanti nak hapdate gambo-gambo sepanjang wedding oke....

^_^ luvyu


11.10.12

Kosong..kosong.. : Najwa Latif

Ini yang kurasakan lewat 48jam lalu hingga saat ini......lalu, dimanakah yang menjanjikan..........

Untuk selamanya

I used to love this song... Sejak umur 16tahun untill now.. Melankolianya, erti dan maksudnya... Filem temanya... :) Pernah potong rambut camgitu and dressup camgitu.. Haiz...zaman remaja kan, terikut-ikut.. Tapi bezanya aku dulu takde scooter, aku takde nak kejar orang kaya..takde auntie buka butik pengantin..  aku jual kuih depan rumah lepas balik sekolah jer... kih kih..

Owh, aku ada kawan macam rosham nor tu and aku jadi model.. Yes yes itu jer sama..




Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkah ku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini
Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Oh Tuhan tunjukkanlah cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi untuk selamanya..


Ok sekarang korang try imagine aku ialah seorang nasha aziz, wahahaaa....!

Kita dan pencipta


Kadang-kadang kita rasa sunyi tu 
bukan bermakna hati kita sunyi dari Allah, jauh dengan Allah. 
Tidak.

Sebab kita manusia biasa. Hati rasa sunyi adalah fitrah semulajadi kita.
Hati manusia mana yang tak pernah rasa sunyi?

Langsung tiada kaitan hati rasa
 sunyi dengan hilang kebergantungan pada Allah 
atau menunjukkan kita sudah lupakan Allah.

Sunyi itu kadang-kadang damai. 
Bukan seluruhnya bahagian kesunyian 
adalah meresah atau memudaratkan.

Cuma terkadang, sebenarnya..
Kita sememangnya tak punya siapa-siapa..
Kita memang sebatang kara...
Kita hanya ada diri kita..

dan Dia,
... pencipta.

10.10.12

Mengapa blogging?

Aku suka blogging... suka sangat, sebelum ni tulis diary and those diary akan hilang merata-rata dan akhirnya  bersepah and semua orang ambil baca..time-time macam tu mula  rasa nak bunuh diri sebab malu.. Mujur, sejak ada kemudahan internet di uni, blog aku anggap sebagai teman rapat...medan meluahkan isi hati..kegeraman diri.. tempat mengikat memori malah tempat bercerita perihal angan-angan dan impian yang tak bertepi... i luv blogging.*macam iklan plak  Tak sedar dah lebih 5 tahun aku berblog, pernah populer di uni sebab blog and blog pernah masuk majalah walaupun tak best lansung... tapi waktu yang berjalan akhirnya blog aku seakan dah tersadai sikit, orang dah tak baca pun sebab aku dah tua tak howt dah...aik? boleh camgitu? *Ngokngek

Aku suka baca blog orang, mostly lifestyle blog.. aku dapat melihat kehidupan orang and melihat kejayaan-kejayaan orang-orang yang hebat di mata aku.. kadang-kadang melihat kegembiraan-kegembiraan orang...cukup menggembirakan aku juga.. Selalunya kalau baca blog happy-happy, mula aku rasa down sendiri..kalau blog orang berjaya dalah hidup and bahagia..aku end up moody balik, auww....so childish !!! Tapi kan jarang pula aku jumpa blog yang sedih-sedih.. Hmm...setahu aku, blog yang sedih-sedih blog aku youjie ni jerlah.... hampeh kan. ~___~' Maybe aku seorang yang tak suka kongsi kegembiraan, tapi suka kongsi kesedihan... but why why why...dunno .

Blog aku, rahsia aku..tapi kenapa aku tulis rahsia di maya yang sah-sah sekampung malah sedunia boleh baca? Risiko menceritakan segala di blog banyak, sesetengah akan assume aku ni seorang yang macamana macam ni camtu..even tak kenal.. hahhhh...bahaya. LetSay aku tulis sedih-sedih memanjang tapi sebenarnya tengah happy...camner tu? Bipolarkah akuh? Pfft....macamana kalau suatu hari nanti aku nak minta kerja, terus bos company tu stalk blog aku yang hampeh and sedih-sedih ni...terus tak dapat kerja, camna?

Tak kisahlah, aku memang tak kisah dengan orang as long orang tu tak bagi aku makan pun.. memang aku makan suap sendiri kanz..kanz.. *gile egois! so aku akan tulisss jer ape pun, kalau buku aku contengg jer ape pun...dah nama buku aku, blog aku...tak suka sila pergi dari sini...nyahhh kau dari sini..hiks.!

Ape aku buat today? Today seharian tidur. Tak produktif.. orang call tak angkat...office cari tak jawab and segala-galanya aku lengahkan...aku tak ada mood. Aku childish gila di bilik menangis sampai lapar than makan sambung nangis than tidur.. ok itu memang childish. Dah umur 25 tapi masih sifatnya macam 16 tahun tak ubah-ubah...bosan dengan diri sendiri yang makin hari makin tak matang... huh kenapa begini yer... :(

Dalam hidup aku, 2/3 dihabiskan dengan menangis, ada orang panggil aku kememe... sikit-sikit nangis nangis nangis.... maybe sebab tu ada orang cakap mata aku cantik, yukks..tuih~ Aku nangis sebab tangisan meredakan aku...tangisan tu seolah-olah method yang paling effective untuk memujuk hati aku... no one else boleh faham isi hati ni selain diri sendiri...so? Nangis jelah..bukan rugi... :)

Makanya, aku amat memerlukan blog...blog buat aku reda, buat aku tenteram dan buat aku rasa ada seseorang yang memahami aku dan sedia ada buat aku curah perasaan dan luah kesedihan.. ade ker oarang yang sanggup buat semua tu dalam dunia ni? Tak ada kan..sebab tu aku pilih blog.

Terima kasih blog.


9.10.12

Duhai hati...jiwa..

Duhai hati...
..kapan kau bisa berhenti menyakiti,
..sampai bila harus menyakiti diri...
..membinasa tubuh,
..hingga rebah dan jatuh..
..merobek perasaan,
..hingga rasa dihumban...

Duhai hati...
..pergilah duka, pergilah sepi..
..apakah masih tersisa sejarah nan ngeri..
..bertempiaran meracau memori..
..mencungkil nanah duri,
Meninggalkan pedih tidak terperi...

Duhai jiwa...
..Usirkanlah lara nestapa..
..Halau pergi segala duka..
Kerna yang ku inginkan hanya bahagia,
..yang ku idam hanya setitis gembira...
..yang ku cari ternyata masih kabur segala...
..yang ku temu, hanya air mata ...

Mengapa......?

Duhai jiwa...
Hapuskan melankolia,
Yang ku ingin bukan dunia..
Yang ku sandarkan bersisa percaya...
Yang ku angankan hanya syurga....

Duhai jiwa...
Kembalikanlah rawan nan sirna,
Yang ku ingin hanyalah Dia...
Yan ku yakin sentiasa ada...
Ku sedar Dia, mahakarya cinta...

Dan ku akui,
..jalanan ini berlopak nista..
..berkudis dosa...
..berlubuk fana....
..bertopengkan syurga...

..ayuh, pimpinilah sekeping hati nan buta....

- Desasiswa Aman Damai Blok K05/218B.

Air mata ibu

Apakah sebenarnya..
Terbuku dikalbumu..
Apakah erti linang airmata di pipimu..

Ucapkanlah padaku..
Tak bisa ku rungkainya..
Rahsia yang kau pendam itu...

Aku hanya menduga ..
Tidak mampu merasa..
Sebenar-benar perasaanmu...

Pengorbanan yang kau lakukan..
Untuk dewasakanku..
Hanya bisa ditanggung hati ibu..

Namunku percaya..
Takkan terlerai kasih..
Ikatan ini tak kan putus..

Telah kau telan lara...
Dan terima segara..
Dugaan dan badai yang melanda.....
..Duhai ibu

** rindu padamu tak terungkap, setitis kasih mu ku harap.....
buat seorang mama, rela ku gadaikan indahnya dunia...
..demi menagis seraup cinta mu...
Kerna apalah bahagia ini tanpa senyum mu...
Kerna apalah erti kejayaan ini andai kau memendam pilu..

Akan ku korban segala, demi melihat dirinya bahagia..
Segalanya.....atau semua yang ku ada.. 

:')

8.10.12

USM Leaders Talk

Currently sedang menunggu acara ini berlansung di Dewan Budaya.
Tik..tok..tik..tok..
tik..tok..

Agak-agak benda hape yang akan di talk kan nanti? Hopefully aku tak tidur mase cover event japgi...

Tik..tok..
tik...otk...
ehh..ehh.. tok... t..o...k..

kbye!

7.10.12

Cinta yang fana

Dalam dunia, ramai ingin mencintai dan dicintai..perasaan bercinta itu indah tiada bertepi, samalah bila cinta dikhianati..perasaan sakit yang tidak terperi akan dirasai... itulah lumrah bercinta sesama insani. Kerna itu, Dia tidak suka hambanya yang bermain-main cinta tanpa ikatan....cinta di dunia, cinta bergelumang dosa... Cinta di dunia, tak ada yang benar-benar sejati... segala perasaan hanya pinjam-pinjaman dari yang esa buat kita... Selagi tiada ikatan, percintaan umpama satu perjudian...

Titian ke neraka atau jambatan ke syurga.

Aku...
Si pencari cinta yang hakiki, mencari cinta yang benar kabur dan masih tidak pasti.. Jodoh, pertemuan, perpisahan ditangan yang esa. Siapalah kita manusia yang hina dina mampu menafikannya. Benar cinta tak usah dicari, namun..pabila dua insan saling mengenali..pabila antara 2 insan wujud keselesaan dan perasaan yang sukar diungkapi.. tidak salah andai ia dijadikan sandaran hati. Selagi di jalan yang diredhai...

Cinta...
Hadirnya tak diduga, pergi hilangnya tidak dipinta. Selagi bersulamkan kasih sayang ikhlas keranaNya. Selamanya ia akan terpelihara. Namun andai masing-masing saling berpaling dari yang berkuasa, sejauh mana pula ia akan terpelihara... Dia maha pengasih dan penyayang, selama diberinya dugaan buat kita insan..selama itu Dia membuktikan kasih sayang dan perhatian buat kita. Dan godaan dalam bercinta..hanya yang pernah bercinta merasai kehebatanya..dan hanya beberapa yang berjaya mengharungnya... beberapa ramai pula gagal dalam ujian itu..sedih bukan.....

Dalam menelusuri cinta fana dunia, aku sentiasa mengharapkan cinta abadi di alam sana bersama-sama dia yang ku pilih untuk ku cinta.. dan setiap masa dan ketika, benar ku titipkan beberapa ringkasan doa yang tidak pernah ku berat dalam melakukanya.. sedari aku mengenal erti cinta, sedari seorang guru yang mengajar ku tentang perihal doa dalam bercinta... seringkali aku akan ungkapkan di hujung pertemuan ku dengan si Dia yang maha mendengar akan isihati kita...

''..ya Allah ya tuhan ku, sesungguhnya Engkau maha pemberi dan berkuasa. Andai dia terbaik bagi ku, dekatkanlah dia disisi ku..tetapi andai hadirnya tidak membawa kebaikkan buat aku..maka Kau jauhkanlah dia dari sampingku.. kerna sesungguhnya engkau maha mengetahui setiap rahsia sesuatu..dan aku hambaMu, redha dengan setiap ketentuanMu... Hanya pada Mu ku berserah dan mohon petunjuk jalan, hanya diriMu layak menerima setiap pujian.. Amin. ''

Kebaikkanya? Doa ini bakal memberi kekuatan kita insan untuk bersedia dan selalu redha. Mengelakkan hati dari parah berdarah andai cinta dikemudi tiada kesampaian.. memberi kekuatan untuk kita redha andai sesuatu keadaan yang tidak diingin terjadi..membantu aku bersyukur dalam setiap kejadian dan tabah dalam setiap kemungkinan... benar, ini penting untuk kita insan...memohon petunjukNya, pencipta kita...

Dan sesungguhnya, tiap tangisan yang mengalir dari mata kerna cinta..usahlah terus menerus mematikan harapan dan impian mencipta bahagia. Andai hati terguris terluka, percayalah kita masih kepunyaan yang esa. Andai bersendirian..percayalah Dia menemani kita...andai kesunyian, yakinlah..Dia mampu membasuh sepi di jiwa...dan andai merasakan cinta belum kunjung tiba untuk kita merasa bahagia di atas dunia... ingatlah, cinta abadi kita mungkin bidadari di syurga kelak.... selama kita masih dijalanNya.

Dan aku..
benar berharap dapat menelusuri titian menuju syurga bersama dia yang aku cinta....

Sabda Rasulullah..."Barangsiapa yg jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya kedalam syurga..."

Hujan..

Malam ni aku sendiri..
Tiada kau menemani...
Hanya Dia mengerti isi hati..
Hanya Dia ku mohon perlindungan diri..

Hanya dia dihati.

4.10.12

Aku gemuk!

Timbang berat dah 53.5kg. Sungguh meletops body maks sekarang deknonnn....sungguh bagai nak meletops macam belon dah dek non oi.... stresssss...

Ingat-ingat balik, kali terakhir maks gemuks mase tingkatan 4, time jadi budak taman tun razak sana nuh.. berat maks 62kg boleh imagine tak? Tinggi maks 167cm. Memang gedabaks...memang meletops zaman tu..mase tu maks ni ala-ala toms.. Pakai cap tak lepaih dari kepala aih..baju mau kemeja dengan t-shirt di dalam... rambut sagat! bajet zamani slam, apakerk?

Size seluar maks mase tu 34 okkkeeee..tolong please percaya, tapi jangan risau..mase tu maks still ramai jejaka yang mampir...ahaks.

Ok past is past, yang pasti after dat maks diet sihat + senaman and sitUp. Memang after beberapa bulan maks tinggal 46kg. Seriusss.....seluar tukar 26 jerr~ *libasrambut Zaman ni macam gula kene kerumun semut, biaslah jantanz....tapi maks tak layan sebab maks still zamani slam...huahua... topi jenas longgaq + kemeja tshirt kat dalam.. tui~

NOW! 2012...berat maks 53.5Kg. Hamaigadddd....wuthe wuthe??
Nak tau sebab ape? Maks tengok makanan semua sedap-sedap belako tok pahe kenapo hoh! Makan makan bangun tido makan sebelum tido makan..sambil menjahit makan...masuk wayang makanan lebih dari tiket wayang...bak kata orang kepalaotak makanan jer dok pikir... isk!!

Maks tak pasti sebab apa maybe faktor umor dah meningkat kot, metabolisme makin terok isk isk...tua nyaa haku...atau maybe mak dah tak pakai seksi-seksi, pakaian da longgar sesuai dengan imej bertudung jadi maks rase tak perasan da ade 'cupcakes' tayar extra kat badan...hukhuk! Yela...zaman baju ketat-metat seluar leggings tu kalau benjol sikiiittt jer....satu donia tegoq kanz....tapi sekarang idok lagi....body kuh..rahsia peribadi kuh...auW~ *libastudung

Anyway, memang takde pekdah entry kali ni..juz nak share rasa sedih maks kat perut sendiri yang dah tak 6pack..*bajettt!!!! So kepada kawan-kawan, jaga diri pelihara peribadi...wanita adalah sebaik-baik ciptaan, jadi pandaipandai jaga diri jaga body! Khas buat yang dah kawen....maks single-minggle lagi ahaha **matilahkalauEnPakwebaca

Nak jadi camni tak?
NO!!! Bulimia TAK COOL at all!

Leks la.....makan jer okBye!

Lepas solat maghrib, mengaji and tunggu isyak...sempat bantai donut in the middle lagi tu aduh....duh...


3.10.12

Jalani Hidup Apa Adanya

Buat yang selalu merasakan diri serabut dan merasakan dunia ini tidak pernah adil..ini untuk kita. Eceaa..'kita' tu nampak sangat sendiri pun camgitu.

Memang dunia ni kadang-kadang indah, kadang-kadang buruk. Banyak pilihan dalam dunia ni untuk kita..banyak rupa, kenikmatan, khayalan, impian hasrat yang warna-warni and so on.... semuanya berlainan...tapi malangnya kesemua itu juga bercampur aduk dengan kecemasan, kesedihan, kesulitan hidup... dan aku, kamu dan dia, mereka? Kita adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran, percaya ke tak percaya?

Tengok eah, pernah ker jumpa ayah, isteri and kawan-kawan yang tak pernah dilanda kesusahan atau kesulitan? Tempat kerja, waktu belajar malahan penganggur..masing-masing berhadapan dengan kesulitan masing-masing.. Yang kaya, kusut dengan wang berlambak, yang miskin kusut dengan wang yang takdak.. Pensyarah stress student yang malas, student stress assignment yang sukar..pekerja penat bekerja tulang empat kerat, penganggur sedih dihina masyarakat.. see?

Jadi, cubalah padamkan panasnya keburukkan pada setiap hal itu dengan dinginnya kebaikkan yang ada padanya, bagaimana eah... kalau bagi aku, stress belajar caner caner? Haa....sebab tu kita harus sedar bahawa setiap luka ada harganya selagi kita berfikir secara bijaksana.

Try fikir balik, sebenarnya Allah mengkehendaki dunia ni sebagai tempat bertemunya segala yang berlawanan, dua hati yan berlawanan..dua jenis yang saling bertolak belakang, dua kubu yang berperang..pendapat yang saling bertentangan.. nampak kan? Umno lawan Pakatan, Pro Mahasiswa lawan Pro Uni. Anak nak berlawan dengan mak bapak..kemalasan melawan niat rajin.. setan nak tawan hati orang mukmin... ah..normal tu!

Motip? Motipnya ialah Allah akan mengumpulkan semua yang baik kelak di dalam syurga dan semua yang buruk di dalam neraka jahannam...  Kenapa? Sebab semuanya hanyalah ujianNya keatas kita hamba yang serba-serbi hina... takyah nak bongkak sangat ea...namo-namo~

'' Dunia adalah terlaknat, semua yang ada di dalamnya terlaknat kecuali zikir kepada Allah, perbuatan yang dicintai Allah, dan sesuatu yang dapat mendekatkan hamba kepadaNya, serta orang yang berilmu atau orang yang memepelajari ilmu yang bermanfaat..'' ( Al-Hadith )

Makanya, jumlah kita jalani hidup apa adanya, dengan kenyataan yang ada dan jangan kita terlalu mudah larut kedalam khayalan dan terlalu jauh menerawang ke alam imaginasi.. not goog not good! Jum kita hadapi hidup apa adanya..kawal jiwa kita untuk menerima dan menikmati apa adanya. Kalau pelajar..terima keadaan anda sebagai pelajar dan lakukan yang terbaik, kalau anda seorang pekerja bermajikan pula , jangan dengki bila majikan anda mewah..kalau anda usaha sure suatu hari nanti tempat tu milik kita aceea...bakaq sikit.....

AWAS, memang menerima apa adanya..tapi kena hati-hati juga eah, jangan bodoh... tak semua kawan-kawan kita ikhlas..tak semua manusia baik dan tak semua benda harus sempurna dimata ni.. SEBAB? ketulusan dan kesempurnaa bagi mata kita manusia itu ciri sifat kehidupan dunia kita sahaya... Bahkan isteri atau suami kita nanti pun, for sure akan ada beberapa ciri yang kita tak boleh suka, tapi kita boleh sukakan pada part lain kan....

''..janganlah seorang mukmin membenci wanita mukminah kerana jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu dia kaan menyukai perangainya yang lain..'' ( Al-Hadith )

Oleh itu uols, inilah masanya kita menjernihkan yang keruh. Alangkah beruntungnya bila kita sama menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali sesama kita. Mengambil hal-hal mudah dan meninggalkan hal-hal yang menyulitkan keadaan...menutup mata dari beberapa hal untuk saat-saat tertentu, meluruskan langkah dan mengesampingkan hal yang mengganggu..

Hmm..mengesampingkan hal seperti,
''...huhu badan tak lawa camner nak pakai baju lawa, orang tengok tak suka...nak nangis hari-hari mana tau jadi lawa! '' ( bodo )

Sekarang nak sedih lagi tak?

Nak tahu ubat kesedihan aku? Tarra!!!

Aku enjoy crafting!! Hiks.

2.10.12

Hijabista?

Assalamualaikum and salam sejahtera,! Macam opening untuk standUpper USMTV gitew.. hari ni nak sembang fasal Hijab, Ista? Gulps..

Anyway, sejak ramadhan lalu till today.. lebih 3 bulan dan ai bertudung. Ehh..kalau bertudung terus bahasakan diri ai-ai gituw..?

dan...malu nak cakap, koleksi tudung adalah semakin hari semakin banyak. Ramai sedekah kan ai tudung juga, tapi yang ai beli tak sampai 5 kot.. 2 lai bawal 2tone di Uptown Perda and 2 helai Pashmina di Giant. HMM....yang lain-lain orang kasi, and amik stock tudung lama sedara-sedara and owh...5 helai bawal  kaler-maler dari kawan indonesia... hmm nampaknya da lebih dr 10 helai disitu kan?

Tudung, mengapa bertudung takyah jawab kot, mesti boleh faham sendiri..  Sebab dah lama nak bertudung tapi dah lama juga tak sanggup nak tutup rambut yang bajet howt..bermakna lebih kurang macam tak sanggup nak elak dari terjun ke api neraka yang juga howt gitu la kan. Tsk~
So bila da bertudung rasa ape? Ok rasa sangat fabulous  ahaks... konon*

Perasaan bertudung adalah excited bila setiap hari fikir nak pakai tudung apa match dengan baju apa, hmm...cabaran tu. Ai pernah silap pakai tudung jalur melintang dangan baju jalur menegak. Sepanjang event adalah seperti pompuan kejutan budaya tak reti bergaya. Yela..ade kakak tu tegur, kenapa tudung jalur baju jalur...patut salah satu kne plain... aduh duh... rasa nak balik tukar tudung la la tu jugaks tapi sebab bilik jauh..lalu ku bertahan jebat~ @_@"

Yang seronok and terharu, ramai yang terserempak akan cakap camni  :

..'' ehh..ehh.. ni permanent ke suke-suka? '' *random teguran yang mengenali
..'' ehh....dah tukar ker? '' *random
..'' ehh..sejak bertudung lagi cantik dari dulu...'' *abang-abang@pakcik cafe
..'' awak cantik sekarang, sejuk mata memandang..'' *my stalker2 on fb
..'' nak cakap ni, dari dulu..sekarang lagi ayu..'' *abg jual buah
..'' awk dah bertudung sekarang? Alhamdulillah sejuk mata memandang..'' my ex-why-zeck~
..'' ha! kan cantik bertudung..'' *kakak-kakak & teman rapat
..'' ha! sekarang baru nampak beriman sikit!..'' * psycho-psycho konon bagos
..'' wah...tak sangka, bertudung elok juga, i ingat u akan ugly bila tutup rambut! ''.. *JULIET!!!! my bestie, prfft!

..and banyak lagi malas nak ingat. Sedikit-sebanyak terharu :') And yang paling terharu bila ada yang inbox luah perasaan, nak berhijrah and nak tanya pendapat and pengalaman. Tanya dari mana kekuatan datang and mengapa tibatiba and so on.. Rasa macam retis pun ada haha, ok takmau jadi retis terimakasih.

Secara personalnya, ai tahu ramai diluar sana nak bertudung. Tanyalah siapa-siapa yang freehair. Ada memang tak nak tutup, tapi ada yang nak tutup tapi dok memendam and tak tahu jalan ape nak pilih untuk bertudung..tak tau camner nak mula..rasa sangsi dengan diri and kadang-kadang tak dapat sokongan... tunggu hidayah and so on...

Tunggu hidayah like wut? Bila tu...tunggu hidayah tu macam tunggu bulan jatuh keriba oke..die tak datang kalau tak dicari dan diusaha. Ai selalu cakap, kadang-kadang nak tunggu hati ikhlas memang payah selagi setan laknat tak terikat, bisikkan tu akan selalu ada.. jadi, kadang-kadang juga kita kena mulakan sesuatu dalam ertikata kasarnya 'keterpaksaan'. Tak kisahlah...solat paksa-paksa bagi cukup 5 waktu, tudung paksa-paksa agar istiqamah.. lama-lama akan jadi kebiasaan insyallah... percayalah.!

And nak pesan juga, dunGivA Damn pada golongan bajet bagos dengan ideology - ideology yang camgini :

''...ai tak boleh la nak paksa diri, sebab ai bukan plastik, kalau ai buat sesuatu ai ikhlas..ai taknak tipu diri and tipu tuhan..ai tak main-main sebab ai yakin suatu hari nanti hati ai akan terbuka juga untuk bertudung and ai akan tunggu agak dibukakan hati olehNya untuk berhijrah...ai taknak la paksa-paksa macam uols...iew''

Sekian terimakasih diucapkan kepada orang camgitu, tungulah hidayah kau...tunggu sampai jumpa okeh, all the best! Tunggu hati terbuka..tunggulah takut pintu lain yang terbuka..oppps.

Ai loike tudung bawal! Aummm......

Anyway entry ni berniat untuk menasihati ajer, jangan taching eah..diz is my way of bagi nasihat disamping berceloteh. Thanks for watching@reading. Buh bye~