23.2.11

Rambut Nipis. ( Mood Bebel tak puas hati )

After kerat rambut, mula la aku mood swing..
Buat ape pun tak kena, tengok rambut orang macam nak nangis...mula gi kerja malas pakai bedak malas calit celak...malas sapu lipbalm bia bibir kering kontang mengelupas sampai kuar darah kalau tarik kulit kering tu.... auch!

Ntahapahapa...macam nak lempang muka sendiri. Tapi aku rasa patut lempang jer si tukang gunting tu....

Adeh nyah...kan ku bilang, aku pokoknya datang jauh-jauh hanya mahu trim.... trimmm... potong di hujung rambut yang kering tu gak mahu kasi rambut bercabag berakar kayu...

Kamu kok udah gunting rambut aku 3 tahun masih blur??

Tahu tak...camner eah, sebenarnya ok jer mase 1st gunting tu, redha la macam takder masalah la... tapi kui lama kui lama.... Mase jalan tak rasa rambut di belakang..tak rasa berat di kepala... mula la rasaa...rass..ss...ssaa.... Waaa!!!! Bila genggam rambut dah tak berat..bila sikat tak puas...

Mana pi rambut aku nehhhh....

Tula, len kali kalau nak gunting...aku nak explain betul-betul.. trim!! Tak pendek tak NIPIS.
Maybe si tukang gunting faveret aku tu memang suka sangat gamaknya dapat customer rambut panjang hantu mak limah macam aku. Yela....ade customer lain mase tu patutnya tapi die cakap datang jer..die potongkan aku dulu.... hmmm....

Die tu aku tengok da semacam time dok sikat-sikat rambut aku.. dah macam menari-nari dah mase gunting... Rancak semacam.. seriapp!! seriappp!!! Aku macam..ok cool cool...ok tu..lawa tu..ko takkan tak percaya die...die la selama ni mencantikkan rambut ko kot!! Ok...ok..cool....

* Cantik ker..muahhaaa...

K sambung, pastu..last-last die tunjuk cermin belakang rambut aku... Ala style skunk memang la sesuai dengan aku..aku on jela..balik jumpe kawan-kawan dengan semangat... Semangat ' yes..saya suka rambut saya..rambut saya dah tak berat macam dulu..tak serabut sangat..tak messy... dah nipis and senang diurus...saya kan malas..blablabla wuthehell..'

Tapi..kui..hari kui hari....mmm....
Nipis la...tak puas la...tido rasa takder rambut kacau muke ai pun~ auw...
Bangun rambut cacak-cacak tak sexy dah .... ( hantuk kepala )
Pastu nak curly-curly dah tak kembang..
Nak tak curly pun...mm...

'' Pasni, bela rambut balik yer miss Youjie....
Sila jangan bebel..rambut depan tu ko nak simpan panjang kan apesal ko gatal mulut suh potong gak? Padan muka kau hahaa...''

Tula...len kali jangan semangat semacam bila berada di atas kerusi saloon...kerana sesungguhnya, saloon tu takkan mampu merubah apa-apa dengan extra gunting atau extra cuci rambut ko tu....




Rambut adalah mahkota wanita, kalau banyak songeh sila pakai tudung. ^_^
PESANA KHIDMAT MASYARAKAT KAUM HAWA




21.2.11

Khairul Fahmi sombong?

After setelkan beberapa footage suasana pilihanraya kampus, kaki ku hayun melangkah ke Balai Media, hasrat hati mahu menyiapkan saki-baki kerja yang ada.

Di enterance. ternampak junior-junior yang gigih menjual paper... Berita Kampus..aih..terkenang zaman aku.. Buat aku terharu bila kanak-kanak rabena cecomel ni...lansung tak paksa aku beli paper dari diorang, siap bagi free...

Usyar helai demi helai... aik! Bilamasa Khairul Fahmi mai sini?

Aku sebagai salah satu peminat KF sejak-sejak tengok Malaysia menang dengan Indonesia dat day, dengan gigih terus serbu budak yang interview KF nih....

Lebey kuarang camni....

Aku : Ehh..ehh..sape KF datang usm bila eah?

Budak : Datang masa persahabatan dengan USMFC la kak erin...

Tanpa menunggu ulasan lebih lanjut,
Aku : Sapa interview KF nih? ( Dengan mata bersinar-sinar... )

Budak : Kami-kami la kak erin...kami semua...die tu sombong!

Aku : ( Mata tak bersinar tapi berkerut plak . ) Hah? Die sombong bia betul? Die camner sepanjang interview tu?

Budak-budak ( ramai ) : Alaa...die tu sombong, belagak... lepas tu kerek plak tu... jawab macam taknak jawab... ee..sombong la kak erin..

Aku : Owh....kak erin ske die la..tapi macam dah taknak suke dah lah..

Budak : Takyah takyah...buken hensem pun kak erin...

Muahahaaa...hamik kau! Budak wartawan la katakan...laser tu memang laser.. tulah lebih kurang yang aku ingat dialog kami, aku ni shortterm skit bab-bab mengingat haha.. ade la banyak lagi yang diper'kutuk'kan ...tapi biarlah setakat itu yang aku rasa nak tulis di sini.

Phew~~.... so?

Aku adalah tidak lagi mahu menjadi salah satu peminat Khairul Fahmi. Sekian terima kasih.

Haaa...see...see.. senang tak hilang peminat? tuLAA..jangan la sombong sangat, maybe die malu lah aku rasa..tapi kalau die malu takkan bebudak ni nak propa sampai macam tu... Must be something la kan...

But then...walau pun die malu, die patut sedar and usaha untuk melawan kemaluan die tu. Hmm...ape aku cakap nii.... bagi aku..die patut usaha la untuk buang sikap malu terlampau yang telah menular menjadi 'ala-ala sombong' tu. Kan dah disalah faham...rugi jer kena cop 'sombong' and blablabla...

Kami tahu la kami ni media dalam universiti jer kan....kan...
Cuba kami ni Media Perdana... mahunyer senyum sampai telinga kan..kan..kan...

Ellleee.....~~~

19.2.11

Extra diri sendiri.

Why dari semalam till diz mornin dunia berputar extra perlahan...? Why mimpi semalam extra indah? Sebab bulan extra bulat atau maybe langit extra cerah ker? Cadar luar biasa lembut dan bantal extra empuk...... Lena extra kualiti. Sampai laptop lupa tutup and lupa nak tarik selimut....

:) Smile....smile... Dah mandi ker awak? Senyum-senyum...

Assalamualaikum...hari ni dan seperti hari-hari yang lepas, teruskan menjadi diri sendiri oke.. Yeahh...anda menawan sekali, anda unik sekali.. anda tak buat plastik sugery... Anda special menjadi anda dengan cara anda, anda tak perlu sembunyikan diri ok.

' Jadilah diri sendiri. ' ( Majalah SOLUSI )

' Tak tepat kalau kita jadikan kehidupan ni sebagai pertandingan dimana masing-masing ingin mencapai kejayaan. Bagaimana kalau anda berasa sedang bertanding dengan diri sendiri? Iaitu anda harus berusaha untuk mempamerkan, mengeluarkan dan menghasilkan sesuatu dengan fikiran, tenaga, keupayaan yang paling tinggi dan terdaya, dan usahaa yang paling optimum. Untuk diri sendiri. '


See..see... kucing tapi tringin nak jadi singa, apekah?

14.2.11

Penemuan tapak awal penempatan manusia zaman Paleolitik.


Percaya tak teori Darwin yang konon manusia tercipta hasil dari cantuman organisma-organisma blabla..beruk..blabla...??

Aku percaya, manusia bermula dari Nabi Adam.as sebab aku beragama islam. Islam itu indah...islam takkan menyamakan manusia dengan haiwan dan islam tidak pula sebaliknya merendah-rendahkan darjat haiwan kerana ia juga merupakan ciptaan tuhan dan ciptaanNYA merupakan sebaik-baik ciptaan. Peace.

Hmm...Paleolitik...Mesolitik...Neolitik... ingat lagi, zaman tingkatan 6 hari-hari hafal. Buku teks sejarah Asia Tenggara...Sejarah Dunia... Sejarah Malaysia... tebal-tebal.. Dalam kelas sejarah, tidur kroh.krohh...bosan dengar cikgu cakap panjang lebar fasal kemunculan tamadun..pembentukkan negara bangsa.... teori blala...

Buat sementara waktu kita layan isu sensasi masa kini tentang :

' Penyelidikan USM mungkin mengubah sejarah tamadun awal manusia!! '

Semalam, aku diberi peluang menjejakkan kaki ke tapak penempatan awal manusia DI LUAR AFRIKA! Cewah...

(Cari dimana saya! :p ) Lubang tersebut digali bagi menemukan artifak-artifak seperti peralatan batu and sowuteva. Dan hasil penyelidikan Dekan Arkeologi Global USM bersama student die mengesahkan bahawa peralatan tersebut telah berusia hampir 1.83JUTA tahun dahulu... wehuuu...lama doh!

Batu bukan sebarang batu, setiap taburan batu yang kamu jumpa di sepanjang Bukit Bunuh merupakan artifak okay... Tak kisahla nampak macam sarang anai-anai ker batu hampar tepi umah ker..tapi batu-batu tu semua batu zaman batu...

Ok jum siyez sikit.

Teori Pergerakkan Manusia ada 2 :
1- Out Of Africa ( Bermula dari africa )
2-Multiregional ( perkembangan secara rantau )

Oleh itu, penemuan Prof.Mokhtar ni membuktikan bahawa :
Peta dibawah ialah boleh dipertikaikan sebab die tunjuk yang merah tu iaitu AFRICA antara kawasan-kawasan awal kemunculan manusia dan kawasan oren-oren tu antara hujung-hujung dah...iaitu ASIA. Kalau Africa 1.5 lebih juta tahun da dikira paling awak... Di Perak ni 1.83 juta kot... Camner..camner????
Nak detail lagi, tilik sendiri yer... ^_^
( Penunjuk ) Sumber : Uncle Wikie!
* African: L, L1, L2, L3, L3

* Near Eastern: J, N

* Southern European: J, K

* General European: H, V

* Northern European: T, U, X

* Asian: A, B, C, D, E, F, G (note: M is composed of C, D, E, and G)

* Native American: A, B, C, D, and sometimes X



Mengapa Bukit Bunuh ?

- Bukit Bunuh menjadi pilihan penempatan awal antaranya kerana ia menyediakan sumber alam yang diperlukan untuk menyediakan peralatan batu serta mempunyai persekitaran kuno yang mempunyai sumber air ( tasik ) flora dan fauna yang diperlukan.

Faham tak, orang zaman dulu nak hidup kena ade sumber makan and sumber air and tempat berteduh jer bukan kite sekarang nak hidup kena ada internet...kih..kih... so Bukit Bunuh macam tempat paling sempurna untuk memulakan kehidupan laa... makan ikan..makan haiwan buruan.mandi tasik...minum air tasik... juz nice!

And bukti menunjukkan terdapat peralatan batu yang berusia 30 000 tahun and 40 000 tahun juga di kawasan ini memungkinkan bahawa disini, masyarakat duduk secara tetap. Mana taknya, korek-korek jumpa peralatan 1.83juta tahun...korek tepi sikit..ehh...30 000 tahun punya nih...korek lagi...alamak ni 40 000 tahun dulu?? Jumpa kilang alatan batu lagi...bengkel alat batu lagi... Haaa...so mereka menyimpulkan, masyarakat paleolitik tu stay kat Bkt Bunuh di secara tetap. So..pentarikhan secara kronometrik pada alat batu membuktikan....

Teori Nomadik boleh dipertikaikan!? ( berpindahrandah )

Jum tengok video, aku rakam pakai iphone so kualiti biasa-biasa ja...



Ni gambar Kilang Pembuatan Alatan atu secara sistematik. Cakap sama lu...

And part paling best ialah takkala penat mendaki bukit, turun-turun disambut dengan.....

Slrrrp..

Ikan Patin bakar sorang seekor....

Udang bakar sorang 20 ekor pun tak abis...

Ada sambal 4 jenis yang berbeza...gulai ayam...ayam bakar....kerabu...ulam-ulaman jantung pisang kacang botol...perghh!!
Bukit Bunuh terletak di Lenggong Perak . Dari Jambatan Pulau pinang lebih kurang dalam 100KM. Kawasan penaman kelapa sawit dan kawasan berukuran 4km persegi di situ, merupakan tapak dimana batu batu arkeo. ni dijumpai...
^_^ Pss.....akhbar da kuar story, aku baru dok edit footage, bapak lembab doh.....



Ni pinggan aku, nafsu macam syaitonirojim..

Salam Maulidurasul..

12.2.11

Pon & Zi & Youjie.

Masalah bagi pelajar finalyear yang dah abis tesis and setel semua final project ialah tak tahu nak buat apa while kehidupan yang tak berapa nak ada night life.. Lalu, berbekalkan kekreatifan melampau dengan semangat teruja-ruja.. Berbekalkan Hp Sony Anak Eric.K7701 yang berkamera 2MP.
Saya, Cik Youjie bersama rumet Juliet Ooi akhirnya kini finally bergelar broadcaster!! Tak dinafikan kami masing-masing pelajar komunikasi yang lansung tak tahu kebender handle kamera sebab kami dalam cabang PR dan Journalist. Berbekalkan semangat Malaysia Boleh..akhirnya kami juga mampu menjadi seorang pengamal filem Wehoo!!!
Anda juga mampu!!!!
Ok, wuteverderfakitis.. Selamat menonton!!! Video dari kami.
video
Hasil karya : Cik Youjie vs Juliet Ooi.
Suntingan : Tiada berkenaan.
Lakon Layar : Kadbod & Jemari & Cadar tilam.
Tarikh : 2010.

Yela...yelaa...nak kutuk la tuuuuuu!!! +__+'

10.2.11

Demam

Demam...

Tak mungkin] kerana 5 kilo durian tu...
Tak mungkin kerana tak cukup rehat tu...
Tak mungkin kerna cuaca..
Tak mungkin kerna tak minum air kosong....



Yang tak mungkin tu semuanya adalah kemungkinan..
Mana..mana penadol?

3.2.11

Good Night Sweet Dream.

Soon you will see me and I will be back from the haze...
It feels like weeks, maybe months, but in fact it's been days..
I've really missed your sweet touch, it's been stuck in my head...
That's what would comfort me babe, when I'd lie in my bed...

We'll be together ..
I promise you anytime soon...
It's not like .......

I'm really that far like the sun or the moon...
I see you face in my dreams, I can't wait till it's real...
All that is locked up inside ..
I just so want to feel...

Baby, I love you...
You make my dreams come true..
All I want is just one night..
With you in my arms ..
Just hold me tight..
And I do miss you..
And I hope you miss me too...
And I miss kissing you and touching you..
I'm missing you..

And I hold you,
here in my heart.

1.2.11

Aa Zhe Lin = Azrin

Ingat lagi kecik-kecik dulu...zaman darjah 3, sekolah rendah jenis kebangsaan cina, Yu Chye.. Dulu nak eja nama sekolah sendiri cukup payah... Yu leh tahan, Chye tu kan macam putar alam sikit... apesal tak letak CAI jer...sama jer nak pronounce ye taK?



Zaman tu, kawan-kawan semua suke kumpul sticker..ala macam-macam jenis la, ade sticker hello kitty...ade sticker barbie doll...ikan duyung snow white winnie the pooh...mickey mouse macam-macam mak enek lah...




Tempek di pancil box..sampai naik tebal pancil case punya lekat sticker.. kalau yang kaya sikit, dapat la beli banyak buat menunjuk kat kawan-kawan. Yang tak berapa nak kaya ni diam jela...tengok jer... Aku mase zaman sekolah kategori agak kaya la sebab mama selalu bagi sehari RM3 hamik kau... 3 keping syiling kaler mas pudar tu la selalu aku dapat. Time letak dalam skirt sekolah, bunyi keching...kenching... tak seronok, kalau duit kertas baru rasa dewasa and kaya... hahaa...selalunya mama tak kasi duit kertas sebab takut aku koyakkan.. aih.....dah nama pun budak.


Nak dijadikan cerita, mungkin darah atuk aku yang suke berniaga tu sememangnya mengalir pekat dalam tubuh. Aku tanpa disuruh tanpa di ajak, dapat idea nak buat bisnez.. hahaa....aku setiap pagi, sebelum sampai sekolah akan lalu satu kedai runcit nie.. Kedai tu memang banyak jual stiker sekeping dalam 50sen kot tak ingat. Dah nama pun jalan kaki gi sekolah, apa lagi menyinggah la sekejap. Beli sekeping dua... Alah kalau beli pakai semua duit pun rasanya ok sebab aku tak makan di kantin time rehat... Aku bawak bekal 2 keping sandwich... Yela...nenek cakap, jangan makan kantin..ade 'oink..oinkk' . Hahaa..sumpah nak jejak kantin pun takott!



So, dek modal yang banyak..lantaran tabung aku bajet sehari isi dalam 20sen jer. Betuah punya budak, aku pun beli banyak-banyak stiker... asingkan ikut kategori : Ade kategori cantik, tak cantik, besar, kecik, comel, laki, pompuan.. Motif??? Haa..nak bahagi harga laaa...... yang kecik murah, jual 10sen. Kalau besar kira 20sen..tapi kalau terlalu cantik ader kartun pakai dress ballerina kira 30sen..kih.kihh... then yang laki 10sen sebab nampak robot-robot takder nafsu nak simpan lama-lama... Semua tu, aku kepit dalam buku sekolah. Duit untung simpan dalam beg plastik dalam beg hahaa... Dasat tak?



sO, Kalau fikir-fikir balik.. sekeping 50sen sticker tu dapat la dalam atleas 10 keping. Kalau sepuluh keping ader 4 5 keping tu besar..yang lain kecik.. hah, untung aku camner? camner? Memang makcik kayo laa...hahaha adeh nak gelak plak rase. Jadi, setiap hari, itu la keje aku. Jual sticker sebab kawan-kawan yang tak banyak duit tak mampu beli sekeping 50sen..jadi deorang beli la sehari 2osen untuk dua sticker. Bajet kumpul lama-lama nampak banyak la sebab beli kat aku kan...kan..kan... i loike!



Pastu, suatu hari yang bening.. cikgu kelas panggil aku macam nak ajak berbincang. Yela...aku mase tu comel lagi innocent, tapi innocent-innocent pun innocent yang cerdik hahaa.. cikgu cakap slow-slow, ' A zhe lin...ni pu ke yi zai xue xiao mai dong xi blablaa...~ ' maksudnya tak boleh berniaga dalam kelas la. Sebab ade kes curi dah mula jadi bila masa ade kawan yang dengki kawan lagi satu ader banyak sticker. And kawan ni pun jenis suka menunjuk-nunjuk..memang kapala berasap la... so, payah sangat, curi laa.... then aku lah yang tanggung akibat, bisnes kena gulung tikar la der......



Ingat lagi, hari tu aku balik dengan rileks..no hard feeling lah....mulai saat tu, aku memang tak beniaga da.. sticker banyak-banyak, maksud aku stock-stock sticker aku sedekah kat kawan-kawan jer...da malas..hahhaa and saat tu, takdelah gejala hantu sticker lagi...semua da ader la atleast satu keping dua keping... hehee...



Owh...korang ingat untung jualan semua tu aku simpan masuk tabung? Takdenyer...aku jolikatak. Hahaha...kalau pagi aku gi sekolah bawak modal...balik sekolah aku bawak keuntungan.. last-last kedai yang sama gak la dapat keuntungan. Hmm...baru aku sedar, patutla mak nya tu suke aku....sebab aku pembeli tegar die...hampeh! Camni sebenarnya, balik sekolah jer..aku akan melepak di kedai tu makan ais krim Malaysia ker...tikaam ker...mana tahu menang pistol mainan ker..hape ker... then, da bosan melayan maknya tu and duit da sempit. Baru aku beransur jalan kaki balik rumah dengan kawan-kawan yang tadinya perabih duit aku. Hahaa...dalam beg tak kosong der...dalam beg penuh jajan nak makan mase main petang-petang and jajan cokolat untuk adik aku la... Der..wa sayang adik gua kowt!



Tu la keje aku mase kecik, itu permulaan kerjaya aku sebaai usahawan... and now, aku macam hampir kembali ke zama lampau bila aku bergelar usahawan. Tapi kali ni aku tak menjual secara haram.. tak copycat....tak ciplak... Tapi aku buat sediri 100% hasil tangan aku yang melecur..yang tercucuk jarum ni la....




Doakan aku berjaya. :)




Ehhh..melawat la blog kedai aku nih!! CLICK SINI atau pun add FB SINI.




bYE~


( so!!?? Motif entry ni tak pomot kedaiyoujie???? )


Macam haram.

Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Dalam kita sibuk bicara soal kenaikkan harga minyak, banjir, bola, wahama episod terbaru Raja Lawak.. Ada teman-teman dan saudara kita di sana sedang bertarung nyawa.. Mari kita doakan mereka disana.
Kekacauan yang berlaku lantaran dari masalah kepimpinan yang tidak stabil. Aku harap, di negara kita..tidak akan sampai tahap seruncing di Mesir. Moga kerajaan Malaysia dapat bawa pulang semua hampir 11 ribu rakyat Malaysia di sana yang mejoritinya pelajar...
Amin
Detik sebegini, aku harap tidak ada pihak ketiga yang muncul..wahama dari relung hati paling kecil...untuk membisikkan istilah perbalahan. Syaitan sentiasa mencuba memporak-perandakan manusia walau dari sekecil bisikkan hati. Semoga sesama islam selalu bersatu dan membelakangkan kekhilafan antara satu sama lain sementara waktu demi mencapai penyelesaian...demi mebuah kesepakatan...
Kesepakatan membawa keberkatan..
Amin
‎"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (QS al-Hadid [57]: 22)
Update keadaan terkini di sana, boleh like FB Page INI.
Secara peribadi, aku berdoa...moga tuhan melindungi bakal-bakal khalifah negara disana...
Amin.
Benar, tuhan maha berkuasa...maha pemurah...maha mendengar..melihat...mengasihani... Kita manusia hanya KOSONG, tapi Dia ialah yang SATU.