7.7.09

Surat Buat Kekasih Hati..

Sekian lama menanti dalam degupan kencang penasaran..
Terkedu pada bauan alam..
Setelah malam-malam berlalu dengan dakapan kesepian..
Kini wajah mu pendamba harapan..
Hujan kembali menggamit perasaan...
Peneman setia hamparan segenap kesengsaraan...
Renyai mu mampu membasuh tiap kelukaan..
Aku hanya menadah menikmati kedinginan,
kau teristimewa lambang kekuasaan tuhan..
Masih terkenangkan malam-malam ku lalui..
Kiri dan kanan tanpa kau yang bernari..
Di kuping di sisi tanpa suara kau menyanyi..
Di pangku di hati, sunyi kau yang menghadiri..
Hingga mata renyah untuk ku katupi..
Hingga hati meracau meratapi...
Kerana tanpa kau yang ku hajati..
Sahabat alam terluhur..
Kini kau hadir menghibur...
Segala nestapa terkubur..
Setiap kehidupan menjadi syukur..
Tiap benci dendam menjadi kabur..
Kerana kau ciptaan termasyur...
Terima kasih Rabbul Izzati..
Hadirnya dikau..berdetiknya kagum di hati...
Kuasa tuhan khilaf dinafi..
Kuasa insan hilang ditelan mati...
Malam ini paling beerti..
Sepertimana aku cintakan hujan dan kasihkan pelangi...