22.12.11

Alhamdulillah.

Semalam kuliah terakhir untuk sem1. pejam celik-pejam celik dah habis 1 sem aku bergelar pelajar siswazah. (jakunz) Bila difikirkan kembali...terasa baru semalam aku berprasangkan nak drop subject la... nangis sambil tendang laptop..koyak assingment bagai.. nangis balik...sambung kerja and rasa loser rasa bodoh rasa bangang rasa tak sedar diri rasa...rasa nak kawen cepat rasa..rasa nak mati.... biasa la pompuan.

Rasa-rasa yang bila dimasukkan ke dalam makanan, jadi sedap...
Dimasukkan ke dalam kehidupan..jadi mantap! :)

Apa yang aku belajar sem ni, 2 subjek = 8jam credit.
Quantitative Communication Research Methods dengan Advanced Communication Theory

Dua subject yang membunuh.. Dua subject yang memaksa aku untuk tidak menjadi aku yang selama ini tak pernah amik kesah ape yang aku buat. Asalkan lepas..lepas..lepas...goal!Tapi pembelajaran kali ni sememangnya memerah sehabisnya otak aku dan menjerut sekejap-kejapnya keringat aku... huhhh..poyo gila nak takutkan orang.. But its true..

Aku bersyukur punya teman-teman kuliah yang best sangat!!! Dari Iran...dari Indonesia...dari India... semuanya berada di kelas ni atas 1 objective yang sama. Ilmu... Ada juga yang dah berkahwin, sedang nak kahwin...dah beranak pinak dan ade yang dah taken.. dah yang single macam aku... hahahaaa..

Dari semuda umur 18tahun hingga setua umur 43tahun.. Kami bersama-sama menempuh dugaan belajar, dihantam bersama-sama semasa presentation..dan di kritik itu ini.... Bila ada yang down, pasti ada yang up kan.. Bila ada yang bermasalah, sama-sama membantu menyelesaikan... kami memang hebat! :)

Bak kata Prof.Khor.. its learning process!
''....kalau you rasa tak mampu, atleast juz do it...''
''...kena marah or rasa bodoh atau rasa down. juz proceed jer setakat mana yang you dah buat..''

''...its learning process..kalau kamu dah pandai and perfectl, buat apa kamu belajar master..kamu sepatutnya dah jadi lecturer mengajar master...'' hahhaaa...lawak laaa...

Itu kata-kata yang akan kami terima setiap kali kami datang jumpa pensyarah dalam keadaan moral down and demotivate and segala yang negative sambil merayu-rayu dan give up...

Kadang-kadang, macam tak sangka aku mampu buat presentation depan orang ... ahahahaa...alaupun tak bagus, but still.... sem ni 4 presentation individu yang aku dah lalui kooot....gile tak gila... wah, tampar-tampar pipi sendiri.. inikah azrin?

(poyo)
Kami bertuah mendapat pensyarah yang sangat penyayang, most of them dah berusia dan melayan kami persis anak-anak. Ingat lagi, kali pertama bertemu Prof.Ramli dengan muka takde darah dan menggigil.. Tapi selepas keluar dari biliknya, aku berasa semangat berkobar-kobar.. sellau aku camtu, lepas jumpa pensyarah mula semangat lain macam dengar kata-kata semangat. Balik bilik nampak kerja..pengsan balik. pfftt...

Thanks kawan-kawan.. Kak Lina, Kak Zaza, Kak Azi, Ananda, Vithya, Archna, Nor, Hanis, Aimi, Hanani, Raqib, Haja, Ivy, Yoga, Akram, Azif, Kamarule, Shiang2, Kok Shiong, Zaidan.. you guys ROCK!

Hehee..tetiba over plak.

Dan Bos dan kawan-kawan kerja yang sooooo membantu and understanding.. i'm lucky girl in this world.. :)

Anyway..tanpa bantuan seorang ni, memang tak kemana juga aku. Makasih En.Bf merangkap tukang print, tukang bagi nasehat, tukang driver, tukang marah :P and tukang segalanya... hehe..

CURRENT MOOD : Syukrillah..

0 comments: